Polis New Zealand perkenalkan hijab kepada anggota wanita muslim


Pertama kali dalam sejarah, hijab diperkenalkan sebagai sebahagian daripada pakaian anggota polis wanita muslim di New Zealand.

Penyatuan hijab ke dalam pakaian seragam rasmi polis New Zealand itu diperkenalkan buat pertama kalinya setelah bekerjasama dengan seorang pelajar muslim di Royal New Zealand Police College.

Zeena Ali, 30, merupakan pelajar yang telah mereka hijab itu untuk kegunaan anggota wanita yang beragama islam di dalam pasukan polis New Zealand.

Dia menyertai pasukan polis selepas serangan keganasan terhadap dua buah masjid di Christchurch pada tahun 2019 kerana mahu membantu komuniti muslim.

“Ia berlaku setelah serangan keganasan Christchurch 2019 dan saya sendiri memutuskan untuk mendafar. Ketika itulah saya menyedari lebih ramai wanita muslim diperlukan.

“Sekiranya saya menjadi anggota polis lebih awal, saya akan berada di sana untuk membantu,” jelasnya.

Zeena dilahirkan di Fiji dan berpindah ke New Zealand ketika masih kecil, mengatakan bahawa dia bangga mewakili komuniti muslim dan khususnya wanita muslim dalam pasukan polis persekutuan negara itu.

Dia menjadi anggota pertama dalam sejarah pasukan yang memakai hijab.

“Rasanya senang dapat keluar dan menunjukkan tudung Polis New Zealand sebagai pakaian seragam saya, Malah, selepas ini saya rasa lebih ramai wanita muslim yang akan menyertai pasukan polis.

“Kami memerlukan lebih ramai wanita muslim untuk membantu masyarakat. Kebanyakan mereka terlalu takut untuk bercakap dengan polis dan mungkin akan menutup pintu jika seorang lelaki muncul untuk bercakap dengan mereka,” tambahnya lagi.

Semasa proses rekaan tudung dilakukan, Polis New Zealand berunding rapat dengan Zeena untuk memastikan pakaian itu memenuhi keperluan kesihatan dan keselamatan serta keperluan peribadinya.

“Kami menyedari nilai perspektif dan pengalaman yang berbeza untuk menjadikan kami lebih baik dalam apa yang kami lakukan.

“Kami memerlukan mereka dengan pelbagai kemahiran, latar belakang dan tahap pengalaman. Kepelbagaian sangat penting untuk menangani keperluan masyarakat New Zealand hari ini dan di masa hadapan dengan lebih berkesan lagi,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *