Pir, kaya dengan nutrisi penting untuk tubuh


Sesiapa yang suka makan buah pir memang beruntung kerana buah dari spesies tumbuhan Pyrus communis ini mempunyai banyak khasiat nutrisi yang baik untuk tubuh.

Buah pir banyak terdapat di negara Eropah dan Asia dan ia termasuk dalam anggota keluarga tumbuhan Rosaceae.

Buah ini mengandung beberapa nutrisi penting seperti vitamin A, vitamin E, vitamin C, kolin, betain, kalsium, zat besi, fosfor, seng, niasin, asam pantotenat dan selenium. Malah, pir juga dapat dikatakan mampu membantu melawan beberapa penyakit yang menyerang tubuh.

Mari kita lihat manfaat buah pir kepada tubuh.

1. Mengandung anti oksidan

Pir memiliki kesan anti oksidan glutathione dan anti kanser yang baik untuk kesihatan tubuh. Glutathione adalah anti oksidan yang dapat membantu mencegah kanser, tekanan darah tinggi dan strok.

Menurut penelitian oleh National Cancer Institute, memakan pir segar setiap hari mampu menunjukkan kesan positif pada kemampuan tubuh untuk mencegah pertumbuhan kanser, mengurangkan radang dan menjaga tubuh dalam kadar pH yang seimbang.

Buah pir juga bagus untuk mengurangi kadar lemak lipid dalam darah.

2. Kaya dengan Vitamin C

Buah pir mengandung vitamin C yang tinggi. Di dalam kandungan pir, terdapat sekitar 12% vitamin C (asam askorbat) yang diperlukan tubuh setiap hari.

Vitamin C di dalam buah pir mengandung zat anti oksidan kuat yang melawan mampu kerosakan sel akibat radikal bebas dan stres oksidatif.

Vitamin C juga bermanfaat untuk melindungi sel DNA yang sihat, menghentikan mutasi sel, memelihara metabolisme dan memperbaiki jaringan yang rosak di dalam tubuh.

3. Baik untuk kulit

Bukan hanya baik untuk kesihatan organ di dalam tubuh, kandungan vitamin C di dalam buah pir juga baik untuk kulit.

Mengambil vitamin C dan anti oksidan yang tinggi seperti pir akan membantu meningkatkan kekebalan kulit terhadap infeksi.

Selain itu, anti oksidan dalam buah ini juga membantu proses pembaharuan sel di dalam kulit.

4. Mengandungi banyak serat

Tubuh sememangnya memerlukan serat setiap hari. Selain penghadaman, serat berperanan penting dalam menjaga kadar gula di dalam darah.

Buah pir bukan hanya mempunyai serat biasa tetapi ia mengandungi serat pektin yang larut di dalam air.

Serat pektin berfungsi untuk membantu menurunkan tingkat kolesterol di dalam tubuh dan meningkatkan sistem pencernaan.

5. Mencegah sembelit

Kandungan serat pada pir cukup tinggi sehingga buah ini bagus untuk mencegah atau mengubati masalah pencernaan.

Pektin di dalam buah pir juga di anggap sebagai zat diuretik alami yang memiliki kesan pencahar tingkat ringan.

Buah pir juga berguna untuk membantu melancarkan pergerakan usus dan mengurangkan rasa kembung.

6. Membantu mencegah diabetes

Kandungan flavonoid dalam buah pir dipercaya mampu mencegah dan mengubati diabetes.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Center for Disease Control and Prevention yang dijalankan pada orang dewasa berusia 25-74 selama sekitar 20 tahun.

Dari kajian tersebut mendapati peserta yang makan lima biji buah pir dan sayuran setiap hari secara signifikan mempunyai risiko pembentukan diabetes yang kurang.

Buah pir juga dianggap buah rendah indeks glikemik yang baik untuk gula di dalam darah. Satu porsi pir mengandung sekitar 26-28 gram karbohidrat.

Indeks Glikemik (IG) adalah suatu ukuran yang digunakan untuk mengetahui berapa cepat karbohidrat yang terdapat dalam makanan dapat diubah menjadi gula oleh tubuh manusia.

7. Membantu memelihara kesihatan tulang

Manfaat yang lainnya adalah buah pir mengandung vitamin K dan zat boron yang dapat menjaga kesihatan tulang.

Kekurangan vitamin K dapat meningkatkan risiko penyakit tulang seperti osteporosis.

Vitamin K dan nutrisi penting lainnya seperti kalsium, magnesium dan fosfor bekerja bersama untuk mencegah kerosakan tulang.

Manakala zat boron berfungsi untuk membantu menjaga tulang agar tetap kuat dengan menambah kepadatan mineral, mencegah osteoporosis, mengubati kondisi peradangan seperti radang sendi dan meningkatkan kekuatan otot.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

One Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *