Petua Sakit Senggugut dan Cara Hilangkan Senggugut Ketika Haid


Sakit senggugut sememangnya sangat perit iaitu sakit perut ketika haid atau semasa datang bulan (period), hanya kaum wanita yang mengalami sakit sengugut saja yang tahu betapa seksanya kesakitan ini. Ramai yang menghadapi sakit seperti ini dan mencari cara hilangkan senggugut dengan cepat.

Sakit Senggugut Sakit Perut Kerana Haid?

Apa itu senggugut dan apakah punca sengugut? Ia adalah kesakitan tercipta kerana haid, apabila otot-otot pada uterus iaitu rahim mengecut untuk mengeluarkan lapisan rahim. Kebanyakan wanita akan mengalami sengugut yang teruk tetapi jangan bimbang ianya adalah normal.

Akibat senggugut yang teruk boleh menyebabkan semua aktiviti seharian terbantut dan tergendala.

Biasanya mereka yang datang haid dan sakit perut iaitu sakit senggugut mungkin juga merasa sakit belakang, sakit pinggang dan juga sakit pada bahagian atas celah peha selain kejang di bahagian bawah abdomen.

Malahan kekejangan dan sakit senggugut akan berlaku selama dua hingga tiga hari atau pun ia bermula sebelum datang haid memberi tanda senggugut dan sakit yang amat sangat biasanya akan terasa pada hari pertama kedatangan haid.

Rawatan dan Cara Hilangkan Senggugut

Cara hilangkan senggugut teruk dengan berkesan dan cepat boleh dilakukan dengan berbagai kaedah sama ada dengan menggunakan ubat yang boleh didapati dari farmasi dan juga hospital. Ada juga yang mengamalkan tips dan petua tradisional dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Kebanyakan wanita hari ini sama ada ketika haid atau sebelum datang bulan akan mengambil pil panadol atau ubat tahan sakit untuk menghilangkan senggugut dengan segera kerana tidak lagi mampu bertahan selepas sakit senggugut datang menyerang secara tiba-tiba.

Cara Atasi Sakit Senggugut Ketika Haid

Maksud sakit senggugut dalam English adalah Menstrual Cramps.

Antara cara mengatasi senggugut dan tips untuk hilangkan sakit ini yang boleh dilakukan oleh gadis yang diserang sakit perut ketika datang bulan eloklah mengamalkan petua yang dikongsikan seperti berikut

  1. Pergerakan

Banyak bergerak seperti olahraga atau jogging boleh membantu badan untuk membuang hormon endorphins yang mampu meredakan kesakitan dan gejala krem dalam perut.

  1. Jangan Minum Kopi dan Minuman Bergas

Kopi mempunyai kafein yang meningkatkan tekanan darah yang menjadi punca krem dalam perut. Minuman bergas dikatakan sangat tajam dan boleh menyebabkan usus perut terluka kerana semakin menipis akibat minuman bergas.

  1. Aroma Terapi

Aroma terapi adalah sebagai salah satu cara yang terbaik untuk mengalihkan perhatian anda yang amat sakit ketika itu dan memilih wangian sweet marjoramdan juga lavender mampu memberikan ketenangan pada anda dan juga minda.

  1. Minum Air Suam

Apabila haid kandungan air dalam badan pasti berkurang dan kerana kurang air juga mampu menjadi penyebab sakit senggugut dan perut kembung. Minumlah air suam dengan banyak sekurang-kurangya dua atau tiga liter sehari.

  1. Ikan Salmon

Ikan salmon mempunyai kandungan Omega3 yang amat tinggi yang boleh mengurangkan rasa panas dalam perut selain ia juga salah satu makan berprotein tinggi untuk hilangkan krem dalam perut

Bagaimana cara untuk mengatasi dan merawat masalah senggugut ini?

Kepada semua wanita yang mengalami masalah kitaran haid tidak teratur boleh menggunakan kaedah ini, Insya Allah:

  1. Ambil madu asli, letak di depan sejadah dan buat solat hajat
  2. Baca dalam madu tersebut ayat Al-Fatihah, ayat Kursi, Selawat dan Surah An-Nahl ayat 69
  3. Baca ayat 69 sebanyak 21 kali
  4. Tiupkan dalam madu
  5. Ambil satu sudu madu, letak dalam air suam, dan minum satu kali sehari
  6. Sebaik-baiknya disarankan meminum dengan air Zam Zam

Semoga perkongsian petua rawatan sakit senggugut dan cara hilangkan senggugut ini mampu membantu sesiapa sahaja yang memerlukan rawatan untuk mencegah penyakit ini. Amalkanlah dengan betul dan mengikut petua yang diberikan pasti ianya akan menjadi penawar untuk menghilangkan kesakitan anda dengan berkesan.

Semoga bermanfaat.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
1
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
1
love
lol lol
0
lol
omg omg
1
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *