Pesakit diabetes juga boleh makan nasi putih


Umum mengetahui nasi putih mempunyai karbohidrat yang tinggi dan indeks glikemik (Glycemic Index/GI) yang tinggi. Malah, ramai mengatakan pesakit diabetes tidak boleh makan nasi putih kerana faktor GI yang tinggi.

Sebenarnya fakta pesakit diabetes perlu berhenti sama sekali mengambil nasi putih adalah salah.

Pengerusi ‘Diabetes Connection Care, Eka Hospital’, Prof. DR. Dr. Sidartawan Soegondo, Sp.PD-KEMD, FINASIM, FACE menekankan betapa pentingnya mengawal jumlah nasi putih yang diambil agar tidak berlebihan.

Ini juga termasuk makanan dengan karbohidrat lain, seperti mi, roti, bihun, ubi kayu sehingga nasi merah.

Sememangnya beras merah mempunyai GI yang lebih rendah. Tetapi perlu diingat, jika makan terlalu banyak, gulanya tetap akan meningkat.

“Oleh itu, prinsip tidak boleh adalah tidak tepat. Cuma, boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak atau sedikit,” ujar Dr. Sidartawan.

Indeks glikemik atau GI ini adalah standard pengukur kepantasan karbohidrat di dalam makanan yang diubah menjadi gula (glukosa) untuk digunakan sebagai tenaga. Ukuran ini berskala dari 0 hingga 100.

Contoh: Gula pasir, memiliki angka GI 100, bermaksud karbohidrat dari gula pasir sangat cepat diubah oleh tubuh menjadi tenaga.

GI juga mempengaruhi berapa cepat tubuh mengeluarkan insulin. Semakin rendah nilai GI suatu makanan, maka semakin kecil pengaruhnya pada peningkatan insulin dan gula dalam darah.

Itulah sebabnya kenapa pesakit diabetes sangat dianjurkan untuk mengambil makanan dengan GI yang rendah.

Menurut satu kajian di British Medical Journal menemukan bahawa mereka yang mengambil nasi putih dalam kuantiti yang banyak, memiliki peningkatan risiko terkena diabetes jenis 2.

Oleh itu, pesakit diabetes dinasihatkan agar mengambil nasi putih dalam jumlah sederhana. Pastikan GI dari nasi yang anda makan itu mempunyai antara 45 hingga 60 gram karbohidrat setiap kali makan.

Untuk panduan, berdasarkan carta nilai GI dari Harvard Medical School, per 150 gram nasi putih biasanya memiliki GI sekitar 72.

Maka, anda tidak perlu berhenti sama sekali untuk tidak mengambil nasi putih jika memiliki diabetes, meskipun ia memang memiliki GI yang agak tinggi.

Beberapa jenis beras mempunyai indeks glikemik yang lebih rendah dibanding jenis beras lainnya. Sebagai alternatif yang lebih sihat dari nasi putih, anda boleh menggunakan beras merah (nilai GI 50) atau beras Basmati (nilai GI 63).

Oat juga boleh menjadi alternatif kerana ia memiliki GI 55 yang rendah.

Kandungan serat oat yang tinggi juga membantu melambatkan penyerapan karbohidrat di dalam tubuh sekaligus memberi kesan yang baik dalam pengendalian kadar gula dalam darah.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor