Perut Selalu Rasa Tak Sedap Setiap Kali Datang Bulan, Sering Cirit-Birit Atau Sembelit? Ini Solusinya


Masalah sakit perut disebabkan sembelit, cirit-birit dan kesakitan lain dalam usus adalah perkara biasa yang berlaku sebelum dan semasa haid.

Perkara ini biasanya berlaku apabila tahap hormon anda menjadi tidak normal semasa datang bulan.

Sembelit mahupun cirit-birit ketika tempoh anda haid mungkin akan mengganggu hari anda dan membuatkan anda tidak selesa, namun sebenarnya masalah yang berlaku ini adalah normal.

Selagi anda tidak mempunyai simptom-simptom yang teruk, seperti keluar darah daripada najis atau mengalami kesakitan yang melampau, tidak ada perkara yang perlu dibimbangkan.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengapa masalah sakit perut ini boleh berlaku kepada anda ketika period dan bagaimanakah cara untuk merawat masalah ini.

Bagaimanakah masalah sakit perut ini berlaku ketika haid?

Masalah sakit perut yang anda alami sepanjang haid sama sekali tidak berkaitan dengan sistem percernaan anda.

Hormon yang dikeluarkan oleh badan anda semasa haid boleh menyebabkan kekembungan, retensi cecair dan kekejangan perut.

Prostaglandin atau asid lemak, boleh menyebabkan keradangan. Jadi apabila anda mengalami masalah kembung dan kekejangan, ia mungkin terasa seperti di perut tetapi sebenarnya ia berlaku pada bahagian rahim.

Doktor Perubatan Keluarga, Dr. Donald Ford mengatakan, hormon progestron yang terkumpul boleh menyebabkan masalah sembelit.

Hormon ini akan bertanggungjawab untuk pertumbuhan dan penebalan dinding rahim, dan ia akan memuncak sebelum berlakunya ovulasi.

Disebabkan kejadian inilah terjadinya masalah sakit perut seperti sembelit dan cirit-birit ketika anda haid.

Cirit-birit dan sembelit berlaku apabila prostaglandin mula mengendurkan tisu otot (smooth muscle tissues) ketika haid anda bermula.

Apakah kaedah terbaik dalam merawat masalah sakit perut ketika haid?

1. Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat

Menurut pakar, makan makanan yang berkhasiat and berzat amat penting bagi merawat masalah cirit-birit dan sembelit.

Mengamalkan pemakanan yang sihat dan banyak fiber akan dapat membantu walaupun ia mungkin masih belum mencukupi bagi sesetengah pihak.

Yang penting, jika anda mengambil pemakanan yang menyertakan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran ia akan berfungsi sebagai asas kepada sistem pencernaan usus yang baik.

2. Anda boleh mencuba untuk mengambil ubat

Sekiranya anda sudahpun mengamalkan pemakanan yang berkhasiat, mungkin anda harus beralih ke pilihan yang lain, seperti mengambil ubat-ubatan.

Pakar mengatakan bahawa julap mungkin merupakan pilihan ubat yang agak kuat.

Oleh itu, pakar mengesyorkan agar individu wanita yang ingin mengambilnya mendapatkan konsultasi doktor dan memilih julap ataupun pelembut najis yang lebih lembut.

Ubat-ubatan ini akan membantu dalam mengurangkan gejala-gejala sakit perut ini.

Sekiranya anda mempunyai sembelit yang lebih kronik, ubat-ubatan yang dipreskripsi seperti linaclotide atau lubiprostone kadangkala mampu menawarkan penyelesaian yang berkesan, menurut pakar.

Ubat-ubatan ini akan berfungsi dengan baik apabila diambil secara berkala.

3. Pertimbangkan kontraseptif oral

Doktor anda juga boleh mengesyorkan kontraseptif oral yang akan mengurangkan kekerapan haid anda.

Sekiranya anda sudah mengambil pil perancang, pilihan yang ada ialah melangkau haid dengan melewatkan minggu plasebo.

Menurut pakar, kaedah ini mungkin tidak akan dapat menyelesaikan masalah anda namun dapat membantu dalam jumlah kekerapan masalah ini berlaku.

4. Makan makanan yang mengandungi lebih banyak serat

Serat akan melawaskan pengeluaran najis anda, ia akan membuatkan najis untuk bergerak dengan lebih mudah ketika melalui sistem pencernaan.

Antara contoh pemakanan untuk mengatasi sembelit dan cirit-birit termasuk:

  • Epal
  • Kekacang
  • Sayuran berdaun hijau gelap
  • Bijirin penuh

Bilakah masa yang sesuai untuk bertemu dengan doktor?

Sekiranya pergerakan usus anda kembali normal dalam tempoh beberapa hari setelah haid anda bermula, maka anda tidak perlu risau terhadap masalah sakit perut yang anda hadapi.

Tetapi jika masalah ini sampai mengganggu kehidupan seharian anda atau berlangsung lebih dari 3 hari, dinasihatkan agar anda berbincang dengan doktor untuk memastikan tidak terjadi masalah kesihatan lain yang lebih serius.

Antara petanda yang perlu diawasi agar anda segera menemui doktor ialah:

  • Jika ada pendarahan pada najis anda
  • Sakit pada bahagian belakang
  • Rasa sakit berdenyut di bahagian pelvis dan kaki
  • Masalah pencernaan yang berterusan dan teruk ketika haid
  • Loya dan muntah ketika haid
  • Banyak pendarahan ketika haid

Rumusan

Sebaik-baiknya berbincanglah dengan doktor sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas kerana dikhuatiri anda mempunyai masalah kesihatan yang lebih serius selain sekadar sakit perut ketika haid.

Pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan menjaga pemakanan dan bersenam secara berkala dalam usaha menjaga kesihatan diri.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *