Perkara Yang Isteri Harus Buat Untuk Menambat Hati Suami


Tahun-tahun pertama perkahwinan adalah tempoh paling bahagia bagi pasangan suami isteri….

namun dengan selarinya peredaran waktu, kasih sayang yang dirasakan selama ini dirasakan semakin memudar.Ada isteri yang merasakan suaminya sudah tidak menyayanginya lagi. Tidak, jangan melulu menyalahkan suami.Mungkin anda jugalah penyebabnya. Mari kita semak kembali apa yang kebanyakan suami sukakan dan mahukan daripada isterinya.

perkara yang isteri perlu beri perhatian dalam menambat hati suami:

1. Mengambil berat tentang penampilan suami

Ada suami gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh yang berkaitan dengan dirinya.

Dia akan senang jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, mengelap kasutnya, memotong kukunya dan sebagainya.

Walaupun suami anda bukan jenis yang begini, tiada salahnya anda mencuba dan lihat kesukaannya.

Dari situ anda akan mengetahui apakah suami anda jenis suka dimanja atau suka berdikari.

Kita tidak tahu bagaimana ibunya melayaninya dahulu.

Anda kena lebih baik daripada layanan yang diterima daripada ibunya.

Berasa banggalah melihat suami anda segak setiap hari.

Jangan berfikiran negatif, bimbang suami ditackle orang lain, sebab sekiranya anda ikhlas, keikhlasan itu akan dibalas dengan kejujuran yang lahir dari lubuk hatinya, bukan berpura-pura.

Ini bukan hendak menjadikan anda hamba,

Sesetengah isteri memang merasakan begitu

Lagipun anda mendapat pahala berbuat begitu.

Padahal perkara ini ada disebut dalam hadis,

Ya Fatimah, barangsiapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, Allah akan memberinya minum air dari sungai-sungai di Syurga, diringankan baginya sakaratul maut, akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman Syurga, Allah mencatatkan baginya bebas dari api Neraka, dan selamat dari Titian Sirat.”

2. Menambat hati suami dengan menemaninya makan

Jika anda menghidangkan makanan untuk suami tetapi tidak menemaninya makan, sama halnya seperti memberi makan kucing.

Ini pun ada disebut dalam hadis.

Sebaik-baiknya temanilah dia meskipun sekadar satu suapan, tak pun duduk sambil minum-minum sementara menanti dia selesai.

Thabit al-Banni berkata,

Terdapat seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya, yang sangat baik pekertinya terhadap suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada satu malam, pelitanya kehabisan sumbu, lalu diambil rambutnya untuk dijadikan sumbu. Esok harinya, matanya yang buta kembali melihat. Allah memuliakannya kerana rasa hormatnya kepada suami.”

Inilah cara paling ampuh untuk menambat hati suami dengan menjaga perut suami, bermula dari dapur.

3. Sediakan tempat tidur yang eksklusif

Tempat tidur bukan sekadar menyimpan rahsia-rahsia suami isteri, melainkan juga tempat ternyaman mereka untuk saling mencurah perasaan dan saling membuktikannya dengan perilaku.

Jadikan ia kamar yang eksklusif dan peribadi. Kebanyakan suami tidak suka tempat tidurnya dimasuki orang tanpa izinnya. Kreatif sedikit dalam menghias bilik tidur ini. Berikan warna-warna yang digemari oleh suami.

Susun kembali bunga supaya tidak jemu memandang. Untuk lebih romantik letakkan gambar-gambar perkahwinan disini.

4. Sambut kepulangan suami dengan ketenangan

Kalau anda ingin suami berlama-lama dirumah, jangan sambut kepulangannya dengan pelbagai masalah anak-anak dan urusan dapur yang remeh-temeh.

Mulailah pembicaraan yang menyenangkan, kerana suami perlukan freshener setelah seharian dengan masalah di tempat kerja.

5. Menambat hati suami dengan sentiasa berhias untuk suami

Sesibuk mana pun anda, persiapkan diri sebaiknya tatkala menyambut kepulangan suami. Hadiahkan dia senyuman.

Mereka akan bosan apabila isteri menyambutnya dengan rupa dan rambut yang kusut masai, anak-anak yang comot dan rumah yang ‘bak kapal pecah’.

Kalau dia bermasam pun tak mengapa, anda sudah mendapat pahala sedekah dengan memberikannya senyuman.

Ini kerana Allah menciptakan sebagai pasangan lelaki bani Adam, fitrah berhias berperan penting dalam hidupnya. Bahkan fitrah ini bisa mengendalikan kebahagiaan kehidupan rumah tangganya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah ditanya, ’Ya Rasulullah, wanita seperti apakah yang paling baik?’

Beliau bersabda: “Wanita yang menyenangkan suaminya apabila dilihat, menaati suaminya ketika diperintah, tidak melakukan perbuatan yang membuat suaminya marah, dan tidak membelanjakan harta yang membuat suaminya benci.” (Ahmad 7421, Nasai 3231, dan dishahihkan Syuaib al-Arnauth).


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *