Pergerakan Bagi Rentas Negeri TIDAK Dibenarkan, SOP Aidilfitri Masih Diperhalusi


Tidak lama lagi In shaa Allah sambutan perayaan Aidilfitri akan tiba. Suasana sedih dan pilu kerana nampaknya Syawal yang dinantikan bakal diraikan di kediaman masing-masing. Ini disebabkan susulan peningkatan jumlah kes jangkitan Covid-19 yang masih mencatatkan angka peningkatan hampir setiap hari.

Sepertimana jangkaan ramai, larangan bagi rentas negeri masih kekal selaras dengan status baharu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat, Pemulihan dan Diperketatkan bagi negeri-negeri yang terlibat berkuat kuasa pada 29 April sehingga 17 Mei 2021.

Menurut pengumuman tersebut, ini bermakna sebarang pergerakan pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal jatuh pada 13 Mei ini dipercayai tidak dibenarkan.

SOP AIDILFITRI DIPERHALUSI

Menteri Kanan(Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk sambutan Aidilfitri masih diperhalusi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

SOP untuk sambutan Aidilfitri akan diumumkan dalam waktu yang terdekat, ” katanya ketika sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 27/4/2021 iaitu hari Selasa.

PENILAIAN RISIKO KKM

Menurut beliau, bagi status baharu PKP, mesyuarat penialain risiko oleh KKM telah membuat keputusan bahawa kesemua 10 daerah di Kelantan akan terus kekal dengan status PKP kerana ia menunjukkan kadar insiden yang semakin meningkat.

Kemudian, lima negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak dikekalkan status PKP Bersyarat (PKPB).

“Oleh kerana zon hijau semakin berkurangan dan zon merah semakin meningkat serta 33 lokaliti sedang dilaksanakan PKPD iaitu Diperketatkan, maka status negeri Sabah bertukar daripada PKPP kepada PKPB.”

“Manakala sembilan negeri iaitu Perlis, Kedah, Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dikekalkan status PKPP,” katanya.

AKTIVIT PELANCONGAN DIANTARA NEGERI PKPP

Tambahnya, sepertimana SOP terdahulu, pergerakan rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi aktiviti pelancongan dari negeri PKPP ke negeri PKPP melalui konsep ‘green travel bubble’ dengan menggunakan syarikat dan agen pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC).

“Pergerakan rentas daerah dibenarkan kecuali Sabah dan Sarawak atas keputusan kerajaan negeri,” katanya.

Semoga kita semua tabah mengharungi ujian ini. In Shaa Allah.. Semoga ‘pengorbanan’ kita ni dapat mengurangkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 setiap hari. Walaupun kita beraya di rumah masing-masing, cubalah untuk mewujudkan suasana Hari Raya yang meriah. Jangan lupa insan tersayang di kampung halaman.:)

Sumber: Mingguan wanita


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *