Percikkan tenaga pada ruang tamu anda


Ruang tamu adalah tempat di mana anda melakukan sebahagian besar aktiviti seperti bersantai, bersosial dan berhibur. Biasanya ia merupakan ruang pertama yang akan dimasuki tetamu yang mengunjungi anda.

Televisyen, sofa dan meja boleh menjadikan ruang tamu kelihatan cukup membosankan. Anda boleh sahaja menyerlah ruang tamu dengan kusyen atau bantal-bantal kecil pelbagai warna.

1. Bermain dengan warna dan corak

Sekiranya ruang tamu anda hanya mempunyai dinding putih dan sofa berwarna hambar, tambahkan beberapa kusyen dengan warna dan corak yang terang. Kusyen bercorak menambah kehangatan, keselesaan dan keseimbangan visual di ruang tamu.

2. Bereksperimen dengan warna sekeliling

Ideanya di sini adalah menggunakan sofa sebagai ‘sauh warna’ dan kemudian memutuskan warna pelengkap atau kontras untuk perabot ruang tamu yang lain. Oleh itu, perhatikan warna sofa dan cuba pasangkan semua yang lain dengan tema warna yang sama.

Contoh: Jika sofa berwarna oren, anda boleh mewarnakan kusyen dengan warna oren yang berbeza seperti ambar dan oren wortel.

Anda kemudian boleh memilih untuk mendapatkan permaidani berwarna kuning dan mungkin lampu dengan warna merah. Cuba bereksperimen dengan warna yang lebih terang dan lebih gelap juga.

3. Warna yang sepadan

Sekiranya anda mempunyai perabot berwarna terang di ruang tamu, anda juga boleh menggunakan bantal berwarna yang sama.

Ingatlah, bahawa kombinasi warna yang berbeza mewujudkan suasana yang berbeza. Teruskan bereksperimen untuk melihat kombinasi warna di ruang tamu dapat memberikan getaran dan tenaga terbaik.

4. Tumpukan perhatian kepada perabot

Ia pernah berlaku kepada ramai orang. Anda membeli meja yang difikirkan sesuai dengan perabot di ruang tamu. Tetapi apabila sampai di rumah, warnanya bertentangan dan pembelian itu menjadi amat mengecewakan.

Jangan risau, ia boleh diperbaiki. Satu perkara yang boleh anda lakukan ialah mendapatkan beberapa bantal dan kusyen berwarna putih, kuning air atau lain-lain.

Anda boleh melakukan perkara yang sama untuk sofa, misalnya gabungkan dengan kain berwarna biru muda atau berwarna krim. Ini berfungsi untuk menyatukan sofa dan bantal sebagai latar belakang sambil menyerlahkan warna meja di ruang tamu.

5. Pilihan warna langsir

Selain bermain dengan sarung bantal, anda juga boleh bermain dengan langsir untuk menghidupkan ruang tamu. Cubalah langsir bercorak daun, ia membawa unsur ketenangan sambil mencerahkan ruangan secara keseluruhan.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *