Penggemar Kopi Mahu Berhenti Ambil Kafein? Ini 6 Perkara Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Badan Anda!


Tidak dapat dinafikan bahawa memang ramai individu yang hidup di dunia ini terlalu bergantung kepada minuman yang mengandungi kafein terutamanya kopi and teh.

Kebanyakan mereka mengambil minuman seperti ini dengan alasan untuk kekal cergas dan cerdas sepanjang menjalankan sesuatu pekerjaan.

Ya, mungkin salah satu daripada kebaikannya adalah mampu membuat kalian berjaga pada waktu malam kerana ia boleh elak anda daripada rasa mengantuk.

Pun begitu, tahukah kalian bahawa ada kesan jika anda tiba-tiba sahaja berhenti daripada mengambil minuman berkafein? 

Kafein itu apa?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita berkenalan dengan definisi sebenar perkara ini terlebih dahulu.

Buat anda yang mungkin belum tahu, kafein adalah sejenis bahan perangsang yang biasa terdapat dalam tumbuhan seperti biji kopi, daun teh serta buah koko.

Jika diambil melalui oral, ia akan merangsang otak serta sistem saraf sekali gus membuat anda kekal cergas disamping menghilangkan rasa mengantuk

Cara ia berfungsi adalah dengan memasuki salur darah melalui perut dan kemudiannya beralih ke hati untuk diuraikan serta disebarkan ke semua organ tubuh badan.

Selepas itu, kafein kemudiannya akan menghalang efek adenosine – neurotransmitter yang menghantar isyarat kepada otak dan tubuh badan untuk berasa mengantuk.

Kebiasaannya, satu cawan minuman berkafein hanya memerlukan kira-kira 20 minit ke 1 jam untuk berfungsi secara total.

Sekarang kita semua sudah tahu kafein itu apa bukan? Mari kita beralih kepada contoh jenis minuman atau makanan yang mengandungi caffein pula!

Minuman yang mengandungi caffein?

Antara minuman yang sangat popular dengan kandungan kafein ini di seluruh dunia adalah kopi, teh dan koko.

Pun begitu, terdapat banyak lagi minuman yang sebenarnya mengadungi kafein antaranya:

  • Espresso
  • Yerba mate
  • Soda
  • Kola
  • Susu coklat
  • Minuman tenaga
  • Minuman ringan

Namun jangan terkejut jika kami kata ada juga makanan, ubatan dan supleman yang mengandungi bahan perangsang ini ya!

Sebagai contoh, bar coklat seberat 1 auns mungkin mengandungi sekitar 1 ke 35 mg mengikut jenis buah koko yang digunakan dalam pembuatannya.

Manakala ubatan dan suplemen untuk merawat demam, selesema, alahan, tahan sakit serta pengurangan berat badan juga dipercayai mempunyai bahan ini.

Dalam erti kata yang lebih mudah,adalah agak sukar untuk kita mengelak daripada mengambil kafein dalam kehidupan seharian kita bukan?

Jika berhenti ambil kafein, ini akibatnya!

Untuk pengetahuan anda, kafein itu apa yang boleh dikategorikan di dalam bahan ketagihan hampir serupa seperti rokok dan dadah.

Namun ketagihannya bukanlah seteruk seperti 2 lagi tabiat buruk yang kami nyatakan di atas tadi.

Pun begitu, ia masih akan mendatangkan kesan yang lebih dikenali sebagai nama ‘caffeine withdrawal‘.

Antara simptom-simptom gejala ini adalah seperti berikut:

  • Pening kepala
  • Keletihan
  • Kegelisahan
  • Sukar untuk fokus
  • Mood tidak menentu
  • Mudah rasa marah

Antara simptom-simptom yang dinyatakan di atas ini, gejala pertama iaitu pening kepala disebabkan tidak mengambil kafein adalah perkara yang paling perlu dibimbangkan!

Rawat pening kepala dengan cara ini!

1. Ambil kafein

Jawapan paling mudah untuk merawat kondisi ini adalah hanya dengan mengambil makanan atau minuman yang mengandungi kafein.

Namun jangan megambil terlalu berlebihan pula ya?

2. Ambil ubatan daripada doktor

Jika masih kurang berkesan, anda juga boleh cuba ambil ubatan dengan preskripsi doktor termasuklah:

  • Ibuprofen (Advil, Midol)
  • Acetaminophen (Tylenol)
  • Aspirin (Bayer, Bufferin)
minum kopi

3. Sapu minyak topikal

Sapuan minyak topikal lada hitam dikatakan boleh menghilangkan pening kepala yang dialami akibatnya.

4. Tuam pek ais

Sama seperti migrain, pek ais yang dituam pada kepala juga mungkin akan membantu anda melegakannya.

5. Kekal berhidrasi

Minuman berkafein akan meningkatkan kadar air dalam tubuh badan sekali gus mengurangkan risiko anda mengalami pening kepala.

Ini bermakna jika kekurangan air dalam tubuh badan, risiko anda terkena pening kepala juga adalah lebih tinggi dari biasa.

Oleh itu,sentiasa berhidrasi dengan mengambil air kosong selalu.

6. Rehat

Akhir sekali, berehatlah dengan berbaring dan cuba untuk tidur di kamar tidur sekiranya terkena pening kepala akibat tidak mengambil kafein.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai simptom-simptom ‘caffeine withdrawal‘ ini, segera berjumpa doktor.

Konklusinya, minuan berkafein bagus jika diambail dengan kadar yang sepatutnya.

Jadi, tidak salah untuk ambil cuma jangan terlalu berlebihan okay!


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
1
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *