Penat Sepanjang Masa, Cergaskan Diri Dengan 5 Helah Genius


Kamu rasa kamu sudah mendapat tidur yang cukup. Kamu juga ada melakukan senaman beberapa kali seminggu tapi kamu masih merasa cepat penat atau letih, sepanjang masa.

Kadang-kadang terlebih tidur pun boleh menyebabkan kamu cepat merasa letih, kurang tidur juga sama. Fakta bahawa orang dewasa memerlukan 8 jam tidur sehari tidak dapat diaplikasikan pada semua orang. Hanya badan kamu yang tahu berapa jam tidur yang kamu perlukan untuk mengembalikan tenaga kamu.

Selain mendapatkan tidur yang berkuali, kamu mungkin boleh mempertimbangkan tips bagi memulihkan badan supaya cergas bertenaga.

Minum air teh hijau

Minuman berkhasiat yang diamalkan masyarakat cina ini mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan dan minda kerana ia diperkaya dengan antioksida. Ia juga dapat mengurangkan kadar gula di dalam darah.

Senaman ringkas

Sebaiknya apabila setiba di rumah amalkan dengan melakukan aktiviti seperti bersenam atau paling tidak pun, menanam atau mengemas rumah.

Ini kerana otak yang sudah penat bekerja di pejabat yang berhawa dingin boleh menyebabkan otak berfungsi dengan tidak baik.

Senaman dapat menyalurkan oksigen kepada otak dan sekaligus badan akan cergas seperti sedia kala apabila badan sudah mengeluarkan peluh tatkala melakukan aktiviti di rumah.

Mandi air panas

Jika di rumah anda tidak ada sistem pemanas air mandian, apakata gunakan kaedah manual secara memasak air panas terlebih dahulu dan campurkan air panas tersebut sedikit dengan air yang bersuhu normal agar ia cukup berasa suam untuk kulit anda.

Ia membantu dalam melegakan kaki yang penat dan sekaligus melancarkan peredaran darah dalam badan.

Minum air limau

Cuba amalkan meminum air bersama perahan limau sebelum masuk tidur. Gunakan lemon sebagai alternatif lain. Ia dapat membantu menangani penat badan agar keesokan harinya anda bangun dengan segar dan cergas.

Urut

Lakukan urutan seluruh badan sekali sebulan sebolehnya. Jangan terlalu kerap melakukannya kerana ia boleh mendatangkan kesan negatif pada badan. Ia dapat menyegarkan kembali badan dan melancarkan peredaran darah.

Semoga tips di atas membantu kamu mendapatkan tenaga untuk kekal cergas seharian.

Selamat Beramal!


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *