Pasta sardin selasih oleh Chef Dato’ Fazley


Masakan sardin cukup sinonim dengan golongan bujang mahupun ibu-ibu yang sibuk. Kita semua sudah sedia maklum bahawa sardin, apabila dimasak dengan sambal memang cukup menyelerakan. Tetapi bagaimana kalau kita gunakan sardin dalam menyediakan pasta pula?

Chef Dato’ Fazley cukup menyukai resepi ini. Bila-bila beliau mahu masakan yang mudah dan cepat, inilah sajian yang beliau akan sediakan.

Oleh sebab beliau memahami masalah anda ini, Chef Dato’ Fazley memutuskan untuk berkongsi resepi ini bersama anda agar memasak tidak lagi menjadi beban, malah kesenangan untuk anda.

Ayuh mula memasak!

Bahan-Bahan:

  • 300g spageti, sedia direbus
  • 1 tin sardin, tapis minyak
  • 20g puri tomato
  • 20g pes tomato
  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 5 ulas bawang putih, dihiris
  • 5 helai daun selasih
  • 2 biji cili padi
  • 1 biji lemon
  • Garam secukup rasa

Cara-Cara:

  1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam kuali atas api sederhana besar lalu tumis cili padi, bawang putih dan bawang merah yang dihiris sehingga naik bau.
  2. Masukkan puri dan pes tomato.
  3. Masukkan ikan sardin dan goreng sehingga sedikit garing.
  4. Masukkan spageti.
  5. Carik-carikkan daun selasih dan masukkan ke dalam kuali.
  6. Padamkan api, perah limau kasturi dan gaul sehingga rata.
  7. Hidangkan.

Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *