Pantang larang untuk penderita gastrik


Gastrik adalah salah satu penyakit berkaitan perut yang biasa berlaku kepada individu selain pedih ulu hati dan ketidakhadaman.

Gastrik atau lebih dikenali sebagai gastritis dalam bahasa perubatan adalah kondisi di mana berlaku keradangan pada perut.

Keradangan ini terjadi akibat jangkitan bakteria yang juga boleh menyebabkan ulser pada perut.

Terdapat 2 jenis gastrik yang boleh berlaku kepada individu iaitu:

  1. Gastritis akut yang berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang petanda
  2. Gastritis kronik yang mempunyai petanda dan muncul dalam jangka masa panjang.

Sekiranya menghidapi penyakit ini, penderita mungkin akan mengalami beberapa gejala seperti berikut:

  • Sakit pada perut
  • Muntah-muntah
  • Mual seperti mahu termuntah
  • Sebu terutamanya selepas makan

Dalam beberapa kes, gastrik boleh mengakibatkan ulser yang seterusnya menjadi pencetus kanser perut.

Namun kebiasaannya ia tidaklah begitu serius dan boleh sembuh jika cepat mendapatkan rawatan.

Menurut saranan yang dikeluarkan oleh Jabatan Gastroenterologi & Hepatologi, Hospital Umum Singapura (SGH), gastrik boleh dicegah dengan mematuhi 6 pantang larang gastrik berikut:

1. Makan dengan sedikit tetapi kerap

Ramai yang beranggapan bahawa gastrik akan berlaku jika tidak makan dalam satu tempoh yang lama. Disebabkan itu, mereka mengambil keputusan untuk makan dengan banyak.

Ini adalah perbuatan yang kurang tepat kerana ia hanya akan mengakibatkan kembung perut. Sebaliknya, sila makan dengan sedikit tetapi lebih kerap.

Sebagai contoh, penderita gastritis disarankan untuk mengambil kira-kira 5 ke 6 hidangan sehari berbanding 2 ke 3 hidangan untuk memastikan perut sentiasa terisi.

2. Makan tepat pada waktu dan jangan bertangguh

Ya, memang benar bahawa tidak makan dalam satu tempoh yang lama akan mencetuskan keradangan pada perut. Jadi, sila makan tepat pada waktu dan jangan bertangguh.

Pastikan makan tepat mengikut waktu yang sama setiap hari. Jika bersarapan pada pukul 7 pagi semalam, hari ini dan esok juga harus pada masa yang serupa.

Jika tidak, ia akan mengakibatkan perut anda melepaskan jus gastrik pada waktu yang tidak sama dengan waktu anda makan. Inilah yang akan mengakibatkan gastrik.

3. Ambil makanan dan minuman yang sihat

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis makanan yang boleh mencetuskan simptom gastritis?

Antaranya adalah makanan yang pedas, berasid, bergoreng atau berlemak. Bagi minuman pula, air berkarbonat adalah musuh utama penderita gastrik. Jadi, tolong elakkannya.

Sebaliknya, sila ambil makanan dan minuman yang sihat dan bernutrisi. Ia bukan sahaja bagus untuk kesihatan perut malahan juga kesihatan tubuh badan anda secara total.

4. Kawal stres

Jangan terkejut dengan pantang ini ya. Ini kerana sebarang tekanan yang berlebihan akan menghasilkan lebih banyak jus gastrik di dalam perut anda.

Oleh itu, lakukan lebih banyak aktiviti yang merelakskan seperti yoga atau meditasi di samping kerap bersenam untuk memastikan gastritis tidak terjadi.

5. Berhenti merokok

Rokok mempunyai pelbagai bahan kimia tidak sihat yang boleh mencetuskan peningkatan asid dalam perut sekali gus melemahkan sistem imunisasi perut.

Kesannya, anda mungkin akan lebih mudah mendapat gastritis atau lebih teruk lagi kanser perut. Jika tidak mahu ini berlaku, berhentilah sebelum terlambat.

6. Kurangkan pengambilan alkohol

Bukan rokok sahaja, minuman keras beralkohol juga boleh mendatangkan kesan yang sama. Selain memabukkan, ia juga akan melemahkan sistem imunisasi perut.

Dengan penambahan kes pemandu mabuk yang banyak meragut nyawa tidak berdosa kini, jadikan ia sebagai alasan untuk mengurangkan atau berhenti mengambilnya.

Konklusinya, penderita gastrik tidak boleh beranggapan bahawa ia adalah penyakit yang akan datang dan pergi tanpa perlu bertindak apa-apa.

Ya, ia mungkin benar gastritis boleh sembuh sendiri. Pun begitu, 6 pantang larang gastrik ini wajar dipatuhi untuk kesihatan perut anda yang lebih baik.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *