Orang-orang yang dah GLOW UP terokzz!


Korang penah tak tengok orang-orang yang dulu dia biasa-biasa je, tapi sekarang WOW! Memang puberty hit me terokzz lah! Jom tengok! Mana tahu bila tengok dorang, semangat gnak glow up tu membuak-buak ke kan? Boleh la bangkitkan semangat korang untuk nak glow up nnti. HWAITING!!

1. @kitkatgreenteaaaaa

Dia ni dulu gemuk tau. Tapi sekarang dah kurus. Rahsia dia adalah..jaga pola pemakanan. Dia jugak didorong oleh parents dia untuk kurus and diet. Bersenam sehari 1 jam dan sekurang2nya kalau malas pon 30 minit. Diet dia bukanlah yang heavy-heavy tu, dia cakap dia just amalkan diet yang santai, yang tak membebankan diri dia je. Lagi satu, dia start jaga rutin skincare untuk kulit yang cantik dan bersih. Dulu dia suka pakai make up bila keluar, tapi sekarang dia lebih kepada skincare untuk jaga kulit, sebab dia nak tampil lebih yakin tanpa make up apabila keluar.

2. @sco0bydoo0

Dia glow up dengan cara berhenti minum air manis. Dengan cara ni, dia dapat kurangkan berat badan dia, jerawat makin berkurang. Mula2 dia kurangkan dulu, then pertengahan bulan dia terus berhenti minum air manis. Dan dia cakap memang nampak lah perubahan yang mendadak pada diri dia. Dia berhenti minum air manis sudah selama 6 bulan katanya.

NOTE: minum air putih ikut berat badan korang tau. Jangan lebih daripada sukatan yang sepatutnya korang minum. Ia akan menyebabkan berlaku nya penyakit lain kalau minum secara berlebihan.

3. @aqilah.2014_

Kisah dia ni pulak ditinggalkan tunangnya disebabkan paras rupa. Kesian dia kan? Tapi tak mengapa, dia dah glow up pon sekarang ni. Dia guna masker kulit lemon. Dia jadikan sebagai mask dan exfoliator. Dia buat sendiri tau masker kulit lemon ni. Dia amik kulit lemon. dia kumpul kan semuanya. Then, dia keringkan/jemur and then dia kisarkan sampai halus. Lepas tu, korang boleh la guna untuk buat masker/exfoliator. Just tambahkan air je.

4. @_nin.youbi

Cara dia glow up adalah dengan mengamalkan pola diet yang bagus dan tidak membebankan diri sendiri. Jaga kulit dengan skincare rutin yang tepat. tak perlu pon sebenarnya skincare yang mahal2, asalkan sesuai dengan kulit kita je.

Okay…itu sahaja orang-orang yang glow up yang dapat saya kongsikan hari ini. Harap membantu korang untuk teruskan usaha nak glow up tu.

Semoga bermanfaat!

Sumber: wolipop blogspot.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
1
love
lol lol
0
lol
omg omg
1
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *