Nak MOOD BAIK Dan Turunkan BERAT BADAN? Cubalah makan NENAS Setiap Hari.


Siapa yang tidak suka makan nenas kan? Rata-rata semua individu suka makan nenas terutama bagi kaum wanita. Kemanisan bercampur kemasaman itu apabila masuk didalam mulut sungguh menyegarkan ditambah pula makan bersama serbuk asam. Boleh dikatakan makan nenas setiap hari pun boleh! Sesetengah ibu-ibu diluar sana suka memasukkan nenas yang tidak berapa manis dalam masakan. Betul tidak?

Musim sekarang nenas tak tumbuh mengikut musim. Apabila kita ke kedai buah ada sahaja buah nenas yang dijual. Lebih menarik apabila dapat baka nenas MD2, sangat popular dengan rasa manisnya. Sampaikan ada yang sanggup beli borong atau cari benihnya dan tanam. Itu lebih jimat kan.

Ada sesetengah pendapat individu diluar sana yang menyatakan nenas itu sangat ‘tajam’ terutama bagi kaum wanita yang sedang hamil dan boleh menyebabkan keguguran. Tetapi, kita tidak tahu sejauh mana kebenaran tersebut. Ada sesetengah ibu mengandung yang tidak mengalami apa-apa masalah kehamilan walaupun memakan nenas.

Ada juga yang tidak gemar memakan nenas disebabkan rasa lidas pada lidah selepas memakannya. ada juga sesetengah pendapat yang menyatakan lidas ini terjadi disebabkan tidak membuang ‘mata’ pada nenas. Betul ke?

Dr Rizal Abu Bakar ada berkongsi tentang kebaikan memakan nenas setiap hari. Malah, yang lebih menarik lagi, kita boleh hasilkan mood yang baik hanya dengan memakan nenas. Beliau menyatakan bahawa nenas ini merupakan superfood. Lebih baik ambillah setiap hari.

Sepertimana yang kita tahu nenas mengandungi kandungan Vitamin C yang penting untuk membantu menghapuskan lendir, kahak dan melegakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University Maryland Medical Centre.

Vitamin C juga dapat membantu untuk mencatikkan kulit. Ia juga mengandungi bromalein dimana ia dapat membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang. Selain itu, ia juga mengandungi manganese yang bagus untuk menguatkan fungsi otak.

Jadi petang-petang selepas balik kerja bolehlah mengambil sepotong nenas. Barulah mood kita akan lebih baik:).

Selamat mencuba!

Sumber: https://www.mingguanwanita.my/kalau-nak-mood-baik-dan-turunkan-berat-badan-makanlah-nanas-setiap-hari/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *