Nak Jadi Usahawan Wanita Hebat Atau Wonder Women? Inilah Masanya..


Tangan yang menghayun buaian, mampu menggocang dunia. Wanita yang dulu dikatakan sekumpulan makhluk ciptaan Tuhan yang lemah, sebenarnya ada kekuatan yang besar disetiap nadinya. Wanita dan bisnes? Memang tak pernah lari, lihat lah sekeliling kita berapa ramai wanita yang sedang giat aktif dalam dunia perniagaan. Malah terapat ramai juga dari golongan wanita yang sudahpun menjadi jutawan hasil daripada perniagaan.

Nak jadi Wonder Women dalam perniagaan? Ikuti cara ini yang dikongsi oleh Azizan Osman:

  1. Salurkan tenaga untuk jadikan dunia ini lebih baik. Wanita kaya dengan sikap lemah lembut dan lemah lembut ini adalah satu cabang tenaga yang sangat luar biasa apabila dimanfaatkan. Wanita juga suka membantu. Jadikan ia untuk membantu lebih ramai orang diluar sana.
  2. Nak ubah dunia perlu ubah fikiran. Ubah mentaliti wanita yang bukan sahaja hanya duduk didapur untuk memasak, tetapi dari dapur pun wanita boleh buat macam-macam kerja. Wanita ini juga banyak emosi, jadi salurkan emosi positif anda untuk beri impak positif kepada orang lain.
  3. Jangan takut untuk jadi yang pertama. Wanita pertama menjadi usahawan jutawan? daki gunung Everest? Semua boleh. Takut ini memang tidak boleh berpisah dengan wanita. Tetapi wanita ini mempunyai azam yang tinggi. Jadikan ketakutan itu sebagai satu cabaran.
  4. Mula bertindak segera bila masa sudah tiba. Jangan takut kerana langkah pertama tidak akan bermula jika anda takut. Yang lebih penting jangan malas dan jangan suka bertangguh. Anda seorang pesaing wanita yang hebat! Bersaing secara bijak dan professional.
  5. Halangan adalah batu loncatan. Semakin tinggi halangan, semakin tinggi hasil dan peluang disebaliknya. Setiap wanita mempunyai kekuatan dan kebijaksanaan dalam diri masing-masing, gunakanlah untuk menghadapi setiap masalah yang dihadapi.
  6. Sentiasa mencari kumpulan anda. Berdua atau lebih itu lebih baik kerana lebih banyak minda yang ada ia lebih hebat dari satu minda sahaja. Baiki logistik dan juga persekitaran kita. Cari sahabat atau’circle’ yang lebih baik yang mampu menjadikan kita lebih hebat dari hari ke hari.
  7. Tidak membiarkan ekspresi atau kata-kata orang seagai penghalang. Abaikan mulut orang. Mulut tempayan mudah ditutup. jadi abaikan yang negatif.
  8. Jangan takut untuk jadi rapuh. Emosi adalah booster yang terbaik untuk melonjak dengan lebih tinggi. It’s okey to cry!
  9. Anda empati pada diri dan sekeliling. Empati adalah sesuatu yang sangat hebat!
  10. Anda faham bahwa progress adalah lebih baik dari menunggu kesempurnaan yang datang. Cari dan mulakan sekarang. Biarpun permulaan itu kecil tetapi membuahkan hasil yang lumayan sehingga menjadi besar.

Sumber: https://www.azizanosman.com/20-cara-menjadikan-anda-usahawanita-sehebat-wonder-woman/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *