Nak Cantik SEMULAJADI? Jom Amalkan 8 Makanan Di Bawah


Zaman sekarang ramai yang inginkan kulit yang putih dan gebu terutama kalangan wanita sehingga sanggup mencuba pelbagai produk tanpa mengetahui kandungannya sama ada selamat atau tidak.

Namun di sebalik itu, warna kulit tak sekata atau bermasalah seperti berjerawat juga berpunca daripada tabiat pemakanan tidak sihat. Jadi, selepas ini cuba amalkan pemakanan yang sihat. Jom lihat makanan apa yang sihat untuk kulit di bawah. Teruskan membaca!

#1. Coklat Gelap ( Dark Coklat)

Coklat gelap ini kaya dengan koko yang dapat membantu mendapatkan kulit yang licin namun pengambilannya tidak boleh terlalu kerap oleh kerana kandungan kolestrol dan gula yang tinggi.

#2 Rosemary

Rosemary adalah herba paling baik untuk kulit anda kerana ia kaya dengan antioksida dan dapat membantu mengurangkan risiko melanoma (tumor pada kulit).

#3 Minyak zaitun

Minyak zaitun mempunyai lemak baik dan antioksidan polifenol untuk memperbaiki kulit rosak akibat pencemaran asap dan pendedahan terhadap sinaran matahari berlebihan.

#4 Tomato

Tomato, Vegetable Garden, Vine – Plant

Tomato kaya dengan likopena, antioksidan yang dapat meningkatkan perlindungan terhadap pancaran matahari. Buat lelaki, tomato juga baik untuk kesihatan prostat anda.

#5 Lobak Merah

Lobak merah kaya dengan beta-karoten yang membantu dalam memberi ‘cahaya’ kepada kulit anda dan ia baik juga untuk mencerahkan penglihatan mata.

#6 Beri Biru

Ia kaya dengan antioksidan selain pembekal utama vitamin A, C, dan E dalam memberi keanjalan pada kulit serta mengurangkan kerosakan pada kulit anda. Itu sebablah beri ini berwarna biru.

#7 Teh Hijau

Seperti kebanyakan makanan dalam senarai ini, teh hijau juga kaya dengan polifenol dan antioksidan yang membantu menganjalkan kulit serta melindungi kerosakan akibat pancaran matahari. Teh ini juga dapat membantu untuk melawaskan perut anda.

#8 Ikan Salmon

Isi ikan salmon berwarna merah jambu/jingga disebabkan kandungan karotenoid yang dipanggil astaxanthin yang beribu lebih baik daripada Vitamin C dan E. Paling penting ia turut membekalkan kolagen pada kulit anda. Jadi, ia sangat sihat untuk kecantikan kulit.

Sumber: https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2019/07/26/makanan-jaga-kulit


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *