Nak awet muda? Jom makan kaki ayam


Sebut tentang kaki ayam, mungkin menjadi kegemaran ramai. Apa tah lagi jika dipelbagai dalam masakan seperti sup, dalca atau sambal.

Tetapi tahukah anda rahsia di sebalik makan kaki ayam yang dikatakan boleh membuatkan si pemakan menjadi awet muda?

Bagaimana ia boleh terjadi?

Menurut kajian, sekitar 70 peratus kandungan protin dalam kaki ayam adalah kolagen yang memberikan bentuk, kekuatan serta ketahanan terhadap kulit, tendon, otot, tulang dan ligamen.

Sebuah penelitian yang diterbitkan di “Journal of Medicinal Food” pada tahun 2015 menjelaskan 105 perempuan dengan selulit selama enam bulan telah dijadikan kajian. Hasil darinya mendapati pengambilan kolagen secara teratur telah mengurangi selulit dan kedutan pada mereka.

Kemudian, tinjauan dibuat kepada 805 orang menemukan bahawa pengambilan kolagen menunjukkan hasil lebih baik terhadap jangka pendek dan jangka panjang dalam penyembuhan luka dan penuaan kulit.

Tidak hanya itu, sejumlah penelitian pada haiwan mencatat bahawa kolagen dapat meningkatkan hidrasi kulit dan mengurangi pembentukan kedutan yang disebabkan oleh radiasi ultraviolet B (UVB). UVB merupakan jenis sinar ultraviolet yang menyebabkan kulit terbakar.

Kolagen dapat bekerja dengan meningkatkan kadar asid hialuronat, molekul penahan air yang dipercayai dapat membantu mencegah penuaan kulit.

Sementara itu menurut Nextshark, selain menjadi sumber kolagen yang baik, kaki ayam juga kaya dengan asid hialuronat yang berperanan penting dalam menjaga kelembapan kulit, yang pada akhirnya mampu membantu mencegah penuaan kulit.

Bukan hanya bermanfaat kepada kecantikan kulit sahaja, kolagen pada kaki ayam juga boleh meredakan sakit sendi.

Kajian yang dibuat juga menunjukkan bahawa kolagen dapat merangsang regenerasi jaringan untuk mengurangi gejala osteoartritis.

Kandungan kolagen pada kaki ayam juga dapat meningkatkan pembentukan dan kepadatan tulang pada wanita yang pra-menopause.

Sememangnya, kaki ayam mempunyai kandungan kolagen yang tinggi baik untuk kesihatan dan kulit anda. Namun begitu, perlu diingat cara memasak juga haruslah lebih sihat.

Amat digalakkan kaki ayam direbus atau stim, elakkan dari menggoreng kerana dikuartiri akan menghilangkan kandungan nutrisi di dalamnya.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *