Nah! 7 Cara Buang Lemak Bawah Dagu. Orang Kurus Pun Berisiko Juga Tau!


Ada orang yang tidak peduli terhadap lemak bawah dagu atau lebih dikenali sebagai “Double chin”. Tetapi, ramai juga individu yang stress bila melihat wajah mereka ada lemak bawah dagu terutama bagi golongan wanita yang sangat menitikberatkan mengenai kecantikan. Sehingga ada yang sanggup perhabis duit pergi ke spa atau klinik yang membuat servis buang lemak.

Selain ke pusat kecantikan, sebenarnya ada cara alami untuk mengatasi dagu berlapis ni. Masalah ini bukan sahaja terjai pada golongan wanita yang mempunyai berat badan berlebihan, malah ada juga yang terjadi pada golongan kurus ya!

Jom kita lihat 7 cara alami hilangkan lemak dagu.

#1 Masker putih telur

Putih telur dapat membantu menegangkan wajah kulit anda. Jika nak lebih berkesan, boleh cuba putih telur tadi dicampur bersama madu dan juga essential oil. Gaul sebati dan jadikan ramuan ini sebagai masker.

Sapukan pada wajah, dagu dan leher. Biarkan masker kering seketika kemudian boleh dibilas dengan air bersih. Pemakaian masker putih telur ini boleh diamalkan dua kali seminggu. Ia membantu menganjalkan kulit di bawah dagu dan masalah dagu berlapis akan berkurangan.

#2 Urutan wajah

Lakukanlah urutan pada wajah dan fokus kn pada bahagian bawah dagu. Urutan ini boleh dilakukan secara menaik setiap pagi dan malam.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, guna minyak yang mengandungi Vitamin E kerana ia dapat membantu mengatasi masalah kulit kendur. Anda juga boleh mengambil suplemen Vitamin C sebagai makanan tambahan.

#3 Senaman dagu

Senaman dagu juga boleh dilakukan dimana ia dapat membantu mengencangkan otot pada bahagian ini. Caranya ialah pusingkan leher mengikut pusingan jam, kemudian berlawanan pusingan jam. Dan lakukan gerakan ini unutk beberapa kali.

Selain itu, anda juga boleh melakukan gerakan dengan cara mendongakkan wajah sambil merapatkan kedua-dua tangan dan menolak bahagian dagu ke atas.

Kemudian, tundukkan kepala ke bawah. Gerakan seperti ini dapat membantu memecahkan lemak di bahagian dagu.

#4 Berbicara dan ketawa

Cara ini juga merupakan salah satu cara alami yang dapat melatih otot wajah menjadi lebih aktif. Ia bukan sahaja dapaw membuat wanita ceria dan awet muda malah ia juga dapat mengurangkan lemak pada bahagian dagu.

#5 Mengunyah gula-gula getah

Ini juga merupakan cara yang baik untuk otot wajah dan sekaligus dapat membantu menegangkan kulit dan mengatasi masalah dagu berlapis.

Mengunyah gula-gula getah juga membantu menghilangkan bau mulut dan untuk lebih sihat, pilihkan gula-gula getah yang bebas gula.

#6 Jangan terlebih tidur

Jika anda terlebih tidur, wajah akan kelihatan sembap dan lemak juga akan mudah berkumpul di bawah dagu.

Jadi, janganlah terlebih tidur terutama pada waktu siang kerana tubuh dan wajah anda menjadi lemah dan wajah juga akan lebih atau mudah kelihatan tua.

#7 Teh hijau

Teh hijau sangat bagus untuk tubuh badan dan kecantikan wajah. Teh hijau dapat membantu meningkatkan metabolisme badan. Secara tidak langsung, lemak dalam tubuh badan juga akan terbakar termasuk pada bahagian dagu dan leher. teh hijau juga dapat membantu membuang toksin dalam tubuh kerana ia kaya dengan atioksidan.

Selamat mencuba!

Sumber:https://www.mingguanwanita.my/nah-7-cara-alami-buang-dagu-berlapis-jangan-tak-tahu-orang-kurus-pun-berisiko/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *