Muka Macam Mantou, Guna Teknik Ini Untuk Kuruskan Muka!


Stress tengok muka sendiri makin tembam dan membesar dari hari ke sehari, apakata kamu cuba teknik ini untuk kuruskan muka kembali seperti asal.

Caranya pun mudah saja, yang penting kamu harus rajin luangkan masa setiap hari untuk amalkan teknik ini sebagai rutin harian kamu.

#1 Senaman Wide To Small Selama 1 Minit

Senaman wide to small ini merujukan kepada senaman bibir, di mana kamu perlu senyum selebarnya dan kemudian tutup bibir dengan rapat (lihat gambar dan video). Lakukan senaman ini selama satu minit

#2 Senaman Long To Small Selama 1 Minit

Manakala senama yang ini pula kamu perlu membuka mulut besar-besar dan kemudian tutup mulut (lihat gambar dan video).

Kamu akan rasakan mulut menjadi lenguh dengan senaman ini, tetapi kamu harus bertahan dan lakukan senaman ini selama satu minit.

#3 Senaman Urutan Pipi Selama 1 Minit

Selepas itu, lakukan senaman pada kedua-dua tulang pipi dengan membuat urutan secara bulatan mengikut arah jam (lihat gambar dan video).

Lakukan senaman ini selama satu minit dan kamu akan merasakan pipi mula menjadi relax, dalam masa yang sama urutan seperti ini juga dapat melancarkan perjalanan darah di muka.

#4 Senaman Tongue Turning Selama 1 Minit

Senaman tongue turning ini pula, merujuk kepada pergerakan lidah dalam mulut yang membuat pergerakan secara pusingan (lihat gambar dan video).

Kamu mungkin akan rasa tidak selesa atau sukar untuk lakukan pergerakan ini buat pertama kali, tetapi lama-kelamaan pergerakan kamu akan jadi lincah. Lakukan pergerakan ini selama satu minit.

#5 Senaman Shoulder Rotation Selama 1 Minit

Foto – YouTube Muscle Watching

Kemudian rutin terakhir sekali adalah shoulder rotation, yang mana kamu perlu lakukan pergerakan pusingan pada bahu dan lengan (lihat gambar dan video).

Lakukan pergerakan ini selama satu minit, dan kamu dapat rasakan sekitar bahu berasa sakit dan lenguh semasa melakukan senaman ini.

Buat 2 Set Senaman

Lakukan senaman di atas mengikut urutan sebanyak dua set kalau nak wajah kembali kurus, dan kamu hanya perlu luangkan masa selama 10 minit setiap hari.

Cuba amalkan teknik senaman yang dikongsi seperti di atas, dan paling penting kena konsisten barulah dapat lihat hasilnya.

Bak kata pakar “no pain no gain” betul tak, selamat beramal♥


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *