MITOS VS FAKTA edisi kesihatan!


Kadang-kadang berita atau info yang kita dapat tu tak semestinya betul, ada yang mitos dan ada yang fakta. Tetapi, kebanyakan yang kita dapat adalah banyaknya yang mitos. So, mari kita tengok, korang penah tak dapat info yang sama macam ni, mitos ke fakta?

1! 2! 3! GO! Cehh, jom..

MITOS: Nak turunkan berat badan kena makan makanan yang rendah kalori.

FAKTA: Untuk turunkan berat badan, kita kena makan makanan yang cukup kalori dan yang paling penting mengandungi zat, nutrisi dan khasiat yang baik.

MITOS: Coklat adalah punca utama ‘dietary sugar’ untuk kanak-kanak.

FAKTA: Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang daripada 3% daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari coklat dan lain-lain konfeksyen.

MITOS: Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak teransang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.

FAKTA: Satu auns coklat hanya mengandungi 5 mg, manakala 1 cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 mg dan bagi teh pula antara 28 dan 44 mg kafein secawan.

MITOS: Susu hanya untuk masa pertumbuhan anak.

FAKTA: Seorang anak memerlukan susu sebagai sumber kalsium dalam masa pertumbuhan tulang. Seorang dewasa memerlukan susu sebagai keperluan harian kalsium (1000 – 1200 mg kalsium/hari)

MITOS: Perlu minum air garam setelah bersenam untuk mengantikan garam yang hilang didalam badan.

FAKTA: Hanya sedikit garam sahaja yang hilang dalam badan ketika bersenam, jadi tidak perlulah meminum air garam untuk menambah kandungan garam dalam badan.

MITOS: Air kelapa memiliki manfaat yang sama seperti minuman olahraga.

FAKTA: Minuman olahraga perlu mencukupi keperluaan karbohidrat, elektrolit, dan sodium agar cepat terhidrasi. Sementara air kelapa tidak mengandungi komponen tersebut. Maka itu, menjadikan air kelapa sebagai minuman sebagai minuman selama berolahraga tidak tepat.

MITOS VS FAKTA bonus

MITOS: Haiwan peliharaan boleh menularkan corona virus.

FAKTA: Belum ada bukti bahawa corona virus boleh tersebar dari haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing.

Sumber: google, infosihat.gov.my, indonesiabaik.id, siloamhospitals.com


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *