Minyak kelapa dara, rutin kecantikan selebriti


Semenjak bertahun lamanya, minyak kelapa menjadi bahan masakan yang sangat penting di dapur. Dari minyak kelapa, dibuat pula minyak kelapa dara. Jika anda bertanyakan khasiat minyak kelapa dara kepada orang-orang tua, mereka akan menyenaraikan beberapa kebaikan. Untuk rambut sahaja, ia berupaya mencantik, menyinar, mengelakkan keguguran dan membuatkan rambut lebih terurus.

Kebelakangan ini pula, minyak kelapa dara disertakan di dalam rutin kecantikan. Malah, selebriti seperti Priyanka Chopra, Emma Stone, Miranda Kerr dan Olivia Culpo turut mengakui minyak kelapa dara telah membantu mereka dalam rutin penjagaan kecantikan dan kesihatan.

Sekiranya anda ingin mendapatkan kulit yang lebih cantik dan sihat, tidak rugi untuk mencuba minyak kelapa dara seperti yang dipraktikkan oleh selebriti kesayangan anda.

Namun begitu, apa sebenarnya minyak kelapa dara ini?

Menghasilkan minyak kelapa dara memerlukan proses yang panjang. Memerlukan isi kelapa matang dan mempunyai kandungan minyak yang tinggi. Isinya dikeluarkan dari tempurung sebelum dikisar halus.

Kemudian, isi kelapa disimpan pada suhu rendah sebelum dikeluarkan minyaknya melalui kaedah tekanan (press) untuk memastikan kualiti dan khasiatnya terjaga.

Minyak kelapa terdiri daripada rantaian asid lemak medium dalam bentuk asid lemak tepu, juga merupakan elemen sangat berharga dalam rutin penjagaan kulit.

Berdasarkan hasil kajian terbaharu, lemak tepu di dalam minyak kelapa mempunyai sifat anti mikrob yang boleh mendatangkan banyak kebaikan kepada rambut, kulit dan penjagaan kesihatan.

“Oil pulling”

Pernah dengar mengenai teknik oil pulling? Teknik ini telah pun dipraktikkan dalam dunia Ayurvedik selama berdekad lamanya. Perbuatan berkumur dengan minyak selama 20 minit ialah salah satu cara yang diguna pakai untuk menyingkirkan bakteria dari dalam mulut.

Beberapa kajian telah mengusulkan kita untuk mempraktikkan oil pulling sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk kesihatan gusi selain mengurangkan bakteria yang boleh mengakibatkan terjadinya plak gigi.

Meningkatkan kesihatan jantung

Minyak kelapa sangat kaya dengan lemak tepu. Bagaimana pula lemak tepu ini boleh membantu meningkatkan kesihatan jantung? Lemak tepu di dalam minyak kelapa bukanlah seperti yang terdapat dalam mentega, krim, dan keju.

Menurut kajian, memasukkan minyak kelapa dalam diet anda boleh mengubah nisbah “Lipoprotein Ketumpatan Tinggi” (HDL – kolesterol baik) ke “Lipoprotein Ketumpatan Rendah” (LDL – kolesterol rendah) di dalam badan. Maka, risiko sakit jantung boleh dikurangkan.

Agen Pelembap

Minyak kelapa kaya dengan asid lemak berkhasiat, melembapkan kulit dan membuatkan kulit anda lebih berseri. Ramai yang ragu-ragu untuk menyapukan minyak ke muka kerana risau akan pertumbuhan jerawat dan kulit berminyak, namun minyak kelapa tidak akan memberikan anda masalah itu.

Minyak kelapa kaya dengan vitamin E dan boleh melembapkan kulit serta meningkatkan keberhasilan kolagen yang seterusnya akan mengelakkan garis halus dan kedutan pada kulit. Percayalah, pendekatan yang semulajadi ini mampu memberikan banyak kebaikan kepada kulit anda.

Membantu menurunkan berat badan

“Trigliserida Rantaian Sederhana” (MCT) yang terdapat dalam minyak kelapa boleh membantu menurunkan berat badan dengan meningkatkan metabolisma dan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. Kajian menunjukkan diet yang merangkumi “Trigliserida Rantaian Panjang” (LCT) dengan MCT boleh membantu penurunan berat badan.

Sekumpulan orang yang mempunyai diet yang merangkumi minyak MCT telah mengalami penurunan berat badan yang lebih ketara dibandingkan dengan orang yang hanya mengambil minyak LCT. Malah, ia merupakan satu fakta bahawa makanan yang tinggi lemak boleh membuatkan anda kenyang dengan lebih lama. Hal ini sangat penting untuk penurunan berat badan.

Pengelupas yang lebih baik

Sekiranya anda mempunyai bibir dan kulit yang kering dan kasar, minyak kelapa mungkin boleh membantu anda. Proses pengelupasan kulit sama pentingnya dengan melembapkan kulit. Mineral dalam minyak kepala boleh membuatkan kulit anda lebih lembut dan gebu.

Anda juga boleh menyapu minyak kelapa pada siku dan lutut yang agak gelap, dengan mencampurkan minyak kelapa (melembutkan kulit), gula (mengelupaskan kulit), dan kulit oren (mencerahkan kulit) pada nisbah yang sama. Dengan ini, sel kulit mati boleh dihapuskan tanpa memerlukan kos yang tinggi.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *