Minat pada solekan, Syahirah nekad buka studio solekan pada usia muda


ALOR SETAR: Kata perpatah; ‘Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’. Bidalan yang cukup tepat buat Puteri Nur Syahirah Fazin, 24. Anak kelahiran Kuala Sungai ini punya azam dan semangat yang cukup kuat sehingga dia kini boleh tersenyum dengan studio solekan miliknya sendiri.

Segala-galanya bermula apabila Puteri Nur Syahirah menyolek seorang pelanggan untuk majlis makan malam dengan bayaran RM30. Bermula dari situ dia terus memberanikan diri mengambil upah menyolek pengantin untuk majlis perkahwinan.

“Waktu itu saya berusia 15 tahun dan kakak itu adalah pelanggan pertama saya. Apabila dapat bayaran saya terus rasa seronok dan berani untuk meneruskan minat ini menjadi kerjaya. Saya yakin, bidang solekan boleh membawa saya pergi lebih jauh jika saya bersungguh.

“Saya teruskan minat dan pada usia 16 tahun saya berpeluang bekerjasama dengan sebuah butik pengantin. Hasil pendapatan saya simpan dan jadikan modal untuk perniagaan,” ujarnya lagi.

Selepas menamatkan peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), Puteri Nur Syahirah kemudian mengambil keputusan untuk membuka studio solekan pertamanya di Kompleks Perniagaan Wantas sebelum berpindah ke Kompleks Perniagaan Mergong Jaya sekarang ini.

Hari ini, dia boleh berbangga dengan pencapaiannya sebagai seorang jurusolek. Dia bukan sahaja pernah menyolek artis tempatan tetapi juga pernah diberi kepercayaan menganjurkan program realiti Ikonista Muslimah peringkat negeri Kedah pada 2015.

“Untuk berjaya, memang tidak mudah, kerja apa pun tetap ada cabaran. Paling penting, kita kena sentiasa berfikiran positif dan jangan pernah mengaku kalah. Sokongan dari keluarga adalah pembakar semangat saya,” kata usahawan muda ini.

Puteri Nur Syahirah sedang menyolekkan pelanggan di studio solekannya. (Gambar Bernama)

Selain minat dan kemahiran menyolek, Puteri Nur Syahirah juga amat menekankan penggunaan produk berjenama yang berkualiti di dalam solekan bagi memastikan pelanggan berpuas hati dengan hasil solekannya.

Malah, beliau sentiasa meningkatkan kemahiran dengan mempelajari teknik terbaharu bagi menambah baik kualiti solekannya.

Gadis yang pernah menyolek wajah artis tempatan seperti Ifa Raziah, Shima, Safura dan Sasha Saidin ini bercita-cita ingin membuka akademi solekan suatu hari nanti.

Puteri Nur Syahirah juga menawarkan kelas solekan percuma kepada anak-anak golongan tidak berkemampuan yang meminati bidang tersebut agar mereka juga berpeluang menambah baik kehidupan mereka menerusi perniagaan andaman.

Kepada mereka yang berminat boleh menghubungi Puteri Nur Syahirah di talian 011-26224577 atau 011-40703588.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *