MENARIK!! Petua Kecantikan Global


KECANTIKAN adalah sesuatu yang semua orang mahukan. Setiap negara di dunia ini mempunyai definisi yang tersendiri yang menjadikan mereka kecantikan yang unik. Selain itu, setiap negara akan mempunyai budaya dan petua yang tersendiri untuk mencantikkan diri mereka. Ini adalah petua yang menarik untuk anda tahu dan mungkin petua tersebut dapat anda cuba :

Thailand

Kebanyakan orang thailand mempunyai kulit yang cantik dan lembut. Ini kerana mereka menggunakan santan untuk mencantikkan kulit mereka. Caranya adalah mereka menggunakan santan dalam mandian mereka. Petua ini dapat mengekalkan kelembutan dan kelembapan kulit anda.

China

Orang china terkenal dengan wajah yang muda. Ini kerana, mereka menggunakan minyak bunga Camelia. Minyak bunga Camelia dapat mengatasi tanda regangan dan perubahan warna pada kulit. Minyak ini sesuai untuk digunakan untuk merawat kulit yang rosak dan anti-penuaan.

Korea

Bila kita cakap mengenai orang korea, semua orang akan setuju dengan kulit mereka yang mulus dan awet muda. Ini disebabkan mereka banyak mengkondusi air putih yang banyak. Sebanyak 2 liter sehari. Air sangat penting untuk tubuh badan kita dan dapat melembapkan kulit secara tidak langsungnya. Air putih juga dapat mengeluarkan toksik dalam badan kita. Dengan ini, secara tidak langsung kulit kita akan jadi cerah, sihat dan bersih.

Selain itu, mereka juga banyak makan makanan yang sihat seperti sayur dan buah. Makanan berkhasiat dapat membantu kita untuk sihat dalam dan luaran.

Jepun

Orang jepun sangat terkenal dengan makanan mentah seperti sushi dan mereka juga sangat menggemarkan rumpai laut untuk dimakan dan dilumurkan pada rambut. Caranya adalah mereka akan merebus rumpai laut tersebut dan melumurkan rumpai laut tersebut di rambut mereka sebelum mandi. Rumpai laut mengandungi protein dan colagen yang sangat membantu untuk menguatkan rambut dan mengelakkan rambut daripada gugur.

Mesir

Petua untuk orang Mesir pula, mereka menggunakan khasiat susu untuk mendapatkan kulit putih dan licin. Selalunya, mereka akan membuat rutin mandian susu sebanyak tiga kali seminggu. Caranya adalah dengan mencampurkan susu tepung ke dalam air tab mandian dan rendamkan badan selama 30 min – 1 jam.

Ini adalah rahsia kecantikan Permaisuri Cleopatra pada zaman dahulu.

Filipina

Wanita filipina memiliki pesona tarikan ala-ala Sepanyol, Russia, dan China. Untuk menjaga kecantikan, mereka gemar untuk makan lemon dan limau. Lemon dan limau kaya dengan vitamin C. Vitamin C dapat menanggalkan sel kulit pada kawasan atas kulit. Vitamin C juga dapat mencerahkan kulit dan bebas dari kesan hitam dan bekas jerawat.

Mereka juga gemar memerah lemon dan campurkan dengan susu, minyak badam dan madu.

India

India adalah negara yang kaya dengan warna-warni dan rempah ratus seperti kunyit . Kunyit digunakan dalam masakan dan juga untuk kecantikan kulit. Kebaikan kunyit adalah dapat merawat keradangan kulit dan memberi kesan antiseptik kepada kulit. Kunyit juga adalah sumber vitamin C, magnesium, vitamin B6, zat besi, potasium dan mangan dan juga rendah dengan sodium. Masyarakat India menggunakan kunyit untuk memperbaiki tekstur kulit mereka. Sebab itu, kalau kita lihat kulit masyarakat India, kulit mereka sangat sihat dan licin.

Itali

Wanita Itali sangat mengemari minyak zaitun. Mereka menggunakan minyak zaitun bagi menjaga kesihatan rambut mereka. Mereka akan mencampurkan minyak zaitun bersama dengan yogurt segar untuk menyihatkan rambut dna menjadikan rambut lebih bercahaya.

Bangladesh

Minyak biji sawi adalah petua bagi masyarakat Bangladesh. Petua ini adalah untuk meransang pertumbuhan rambut dan mengatasi kulit kering. Minyak ini mengandungi antibakteria yang diekstrak daripada biji sawi. Minyak ini juga dapat mengatasi masalah rambut gugur dan mengubati jangkitan kulit.

Selamat mencuba!! Semoga anda lebih ‘glowing’.

Sumber: Berita Harian


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
1
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *