Manjakanlah Diri Dirumah


Walau sibuk macam mana pun kita mestilah cari masa sedikit untuk diri sendiri. Zaman sekarang ni semua orang sibuk walaupun negara kita sedang menghadapi pandemic akibat Covid-19, tak bermakna diri kita tidak sibuk. Ramai sahaja yang sedang bekerja tidak kira kerja swasta, kerajaan atau bekerja sendiri, masih lagi dalam kategori bekerja demi menyara diri dan juga keluarga. Mana tidaknya sibuk dengan hal pejabat, hal rumah tangga, hal sosial dan banyak lagilah. Sehingga kita lupa satu perkara yang wajib iaitu DIRI KITA SENDIRI.

Sekarang, menjaga diri sendiri atau lebih dikenali sebagai konsep self-care sangat popular di kalangan masyarakat. Jika kita lihat, sering sahaja terlihat self-care terpapar di media sosial dan majalah. Tapi apakah sebenarnya self-care ini?

Self-care ialah aktiviti yang kita lakukan untuk menjaga kesihatan mental, emosi, dan badan kita. Penting sekali, self-care dilakukan secara sengaja — ini bermaksud yang kita harus mengambil masa dari jadual sibuk kita untuk aktiviti-aktiviti ini.

Jika kita tidak menjaga diri sendiri, kita tidak akan dapat menjaga hal lain dengan sempurna. Kalau kita penat, bagaimanakah kita boleh bekerja dengan cekap? Kalau kita tertekan, bagaimanakah kita boleh meluangkan masa bersama keluarga dengan senang hati? Jadi, jom sama-sama kita manjakan diri terlebih dahulu baru semua akan berjalan lancar.

Ini bermaksud yang konsep self-care ini penting untuk semua orang, bukan sahaja orang yang berduit! Banyak yang dapat kita lakukan untuk menjaga kesihatan diri sendiri secara holistik, dan kebanyakan aktiviti-aktiviti ini langsung tidak memakan kos yang tinggi dan tidak memerlukan banyak tenaga seperti kita sedang bekerja.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk memanjakan diri di rumah:

  1. Mematikan telefon bimbit buat sementara waktu.

Pernah tidak mengalami situasi seperti ini dimana kita baru nak rehat, tetapi notifikasi dan mesej tidak henti-henti masuk? Ha, disini ada satu penyelesaian mudah dan simple je. MATIKAN SAHAJA TELEFON ANDA!

Sesetengah pakar psikologi telah berkata yang bunyi notifikasi boleh meningkatkan tahap tekanan badan. Jika mahu berehat, berehatlah tanpa teknologi. Bacalah buku, masaklah resepi baru, atau bermainlah dengan kucing anda. Yang penting bukan GADGET ye!

2. Mendengar muzik kegemaran sendiri

Siapa yang tak suka muzik kan? Muzik adalah cara yang paling cepat dan mudah untuk mengurangkan tekanan dan berasa lebih tenang. Ada orang yang mahu mendengar muzik rock bergegar supaya mereka boleh bernyanyi dengan kuat. Ada pula orang yang mahu mendengar muzik orkestra klasikal seperti Mozart atau Beethoven. Ada juga orang yang mendengar muzik hindustan untuk hilangkan stress dan letih badan setelah seharian bekerja.

Apa sahaja muzik yang anda gemari, anda pasti akan lebih senang hati dan tersenyum selepas mendengarnya siap boleh menyanyi dan menari sesuka hati!

3. Nikmati secawan Green tea latte ais!

Kalau tidak ada Green tea latte ais pun tidak mengapa. Nikmati sahaja minum kegemaran anda yang anda suka dan lega selepas menikmatinya. Manjakan diri bersama air kegemaran anda ditemani dengan pemandangan yang hijau dimana ia dapat menenangkan minda kita:)

SEMOGA BERMANFAAT!

Sumber: https://www.nakmakanapa.com.my/gaya-hidup/cara-memanjakan-diri-di-rumah/


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *