Manfaat Minum Jus yang perlu Diketahui


Menikmati segelas jus pada waktu pagi atau pun siang sudah menjadi satu hal yang paling digemari oleh semua orang. Tidak kisah jus itu dari sumber buah atau sayur semua mempunyai manfaat yang baik untuk kesihatan. Jom sama-sama kita lihat manfaat meminum jus dalam kehidupan seharian:

  1. Mendetoksifikasi tubuh anda

Segelas jus segar setiap pagi dapat membantu mendetoksifikasi tubuh kita. Ada sesetengah individu yang tidak suka makan buah setiap hari. Jadi, alternatif termudah yang dapat dijalankan adalah menjadikan buah atau sayu itu sebagai jus segar supaya tubuh kita dapat nutrisi yang mencukupi.

2. Membantu menurunkan berat badan

Jika anda tidak percaya, cuba amalkan minum jus segar setiap hari selama seminggu dan tengok hasilnya. Nescaya berat kita akan turun. Selain daripada dapat menurunkan berat badan, jus buah juga dapat membantu memperkuat sistem kekebalan tubuh anda, membantu pencernaan dan mencegah alergi. Jus buah akan mendetoksifikasi tubuh kita dimana ia akan mengeluarkanracun pada tubuh dan mengakibatkan penurunan berat badan.

3. Kaya dengan vitamin

Makan buah dan sayur lebih banyak manfaat berbanding dibuat jus. Walaupun begitu, jus juga ada banyak manfaatnya juga dimana ia dapat memberikan air di tubuh badan kita menyebabkan terus terhidrasi. Setiap jus hadir dengan manfaat kesihatan tertentu dan juga dapat menambah nilai pada sistem badan.

Jika badan terasa terhidrasi, boleh cuba minum segelas jus saderi. Jika merasa lelah, boleh cuba meminum segelas jus halia atau jus lemon untuk meningkatkan tenaga tubuh badan.

Jus saderi
Jus halia

4. Melancarkan sistem pencernaan

Jus segar dari buah- buahan atau sayur-sayuran mengandungi mineral dan enzim yang penting untuk membaik pulih sistem pencernaan yang sihat.

5. Menahan rasa lapar

Jus buah yang segar dapat menyebabkan perut kita cepat kenyang. Jadi, dalam diet yang seimbang, buah adalah salah satu elemen yang sangat penting kerana ia membantu kita menahan rasa lapar buat sementara waktu.

Jus memang bagus tapi seperti yang para ahli katakan, apa pun yang berlebihan berbahaya! Jus buah dengan gula harus dihindari kerana gula dapat meningkatkan kadar gula darah jika makan secara berlebihan.

Sumber: https://lifestyle.okezone.com/read/2020/11/23/298/2314378/5-manfaat-minum-jus-yang-perlu-anda-ketahui


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *