Mampukah Hidup Tiga Hari Tanpa Telefon?


Angkat tangan jika perkara pertama dilakukan sebaik bangun tidur adalah mencapai telefon pintar anda. Angkat tangan jika perkara terakhir dipegang sebelum tidur pada waktu malam juga telefon pintar anda.

Anda tidak keseorangan malah anda antara tiga bilion orang di dunia yang hidup dengan (malah seronok apabila) terdengar bunyi ‘ping’ tanpa henti peranti mudah alih anda, tidak kiralah dari e-mel kerja, aplikasi pesanan atau panggilan telefon.

Bagaimanapun, jika telefon itu diambil dan disimpan selama tiga hari, bolehkah anda bertahan?

“Pasti saya mati dengan penuh terseksa,” kata Gogulan Dorairajoo.

Bunyi seperti berjenaka, namun beliau serius. Ketua eksekutif agensi perhubungan awam itu yang juga peminat makanan dan kesihatan tidak mampu membayangkan ‘berpuasa’ daripada dunia digital walaupun untuk tempoh singkat.

“Saya ‘bekerja’ sebaik menyalakan telefon pada waktu pagi,” kata bapa beranak dua itu, “namun jika komputer riba tiada mungkin saya tidak begitu merinduinya kerana mampu melakukan hampir apa saja dengan telefon,” tambahnya.

Beliau mengakui tidak perlu menggunakan tablet kerana segalanya cukup dengan telefon. “Ia sebahagian daripada saya.”

Mungkin disebabkan itu, seseorang secara automatik mengandaikan golongan ‘millenial’ atau ‘Gen-Z’ akan lebih ‘terikat’ dengan telefon bimbit jika mereka yang lebih senior pun tidak mampu meninggalkannya.

Namun, bukan begitu untuk Tunku Maisarah Iman, 25, yang mengikis pandangan bahawa semua golongan muda taasub dengan telefon mereka.

“Pernah sekali saya tidak menggunakan telefon sehingga tiga hari, alangkah seronoknya!

“Mungkin saya akan melakukannya lagi hujung minggu ini!” katanya sambil gelak kecil.

Maisarah berkata, dia pernah menghantar telefon bimbit ke kedai untuk diperbaiki. “Tetapi sudahnya saya tinggalkan saja di situ untuk dua hari lagi,” katanya.

Ketika itu, dia cuma mempunyai “telefon Nokia lama yang hanya boleh membuat panggilan,” supaya ibunya boleh menghubunginya.

Tidakkah rindukan media sosial – Facebook, Instagram, Twitter atau TikTok?

“Tidak,” jawabnya ringkas. Maisarah berusia 12 tahun ketika pertama kali diberikan telefon analog, dan dua tahun kemudian mendapat telefon pintarnya yang pertama.

“Sejujurnya, saya tidak suka melihat telefon ketika bersama orang lain, jadi apabila keluar bersama rakan-rakan saya menyimpannya saja,” katanya.

“Selain pesanan daripada ibu bapa, saya hanya akan menjawab sebarang mesej apabila memang tidak berbuat apa-apa.”

Dan percaya atau tidak, beliau sendiri rimas melihat golongan muda menggunakan ‘ear-pod’ ketika makan bersama orang lain. “Agak biadap,” katanya.

Lee Chonghui, 29, mengakui boleh saja “dua, tiga hari tidak menggunakan telefon terutama jika sedang melakukan aktiviti luar seperti kembara,” katanya.

“Satu-satunya akaun media sosial saya adalah Facebook,” tambahnya; “Saya tidak mempunyai Twitter atau Instagram atau apa saja yang lain.”

Walaupun tiga individu ini tidak mewakili masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai lapisan, pendedahan mereka boleh dikatakan mengejutkan apabila mampu menghapuskan andaian bahawa seseorang yang lebih muda usianya sukar hidup tanpa memandang skrin telefon bimbitnya.

‘Detox’ digital, atau sengaja mengasingkan diri daripada teknologi untuk tempoh singkat nyata mempunyai manfaatnya yang tersendiri.

Menggunakan teknologi secara berlebihan mampu mengganggu tidur anda, malah juga hubungan dan produktiviti, menurut laporan.

Jika anda boleh keresahan memikirkan kemungkinan terlepas satu notifikasi, mungkin boleh bermula sedikit demi sedikit dengan menghadkan waktu menggunakan telefon.

Menurut kajian Mark Griffiths diterbitkan Psychology Today, penggunaan media sosial berlebihan mampu mengakibatkan keresahan, kemurungan, ketagihan malah meningkatkan rasa kesunyian.

Dapatan ini disokong laporan lain yang mengatakan manusia memerlukan ruang untuk interaksi secara nyata sesama insan, bukannya sekadar menghabiskan seharian merenung komputer sebelum pulang ke rumah dan meneruskan pula melayan media sosial di telefon.

Wujud juga kemungkinan terlepas daripada memupuk hubungan sebenar yang mendalam jika seseorang terlalu taasub dengan kehidupan digital kerana bimbang ketinggalan atau digelar FOMO (fear of missing out).

Penggunaan teknologi berlebihan juga boleh mengakibatkan kurang aktiviti fizikal, kata pakar, yang mampu memudaratkan kesihatan sama seperti merokok.

Kajian New York Times menghitung kehilangan produktiviti daripada mereka yang pola tidur terganggu kerana ‘melayan’ telefon bimbit sebelum tidur.

Jumlahnya mencapai ribuan dolar AS seorang setahun. Bayangkan jika digandakan dengan jutaan tenaga kerja, produktiviti yang terjejas memang boleh mengakibatkan kerugian.

Teknologi menyebabkan kita terjaga dan menyukarkan kita tidur pada waktu malam. Ini bererti sebaik berada di pejabat, anda pasti menguap berulang kali sebelum waktu makan tengah hari.

Detox digital tidak perlulah dilakukan terus secara radikal selama tiga hari cukuplah sekadar mengurangkan tempoh penggunaan seharian yang memberikan kita peluang bermesra dengan orang tersayang dan melihat dunia dengan cara lebih sihat.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *