Makin Ramai Orang Muda Kena Slipped Disc, Cuba Rawat Macam Ini


“Prap!” Tengah angkat barang berat, terus rasa meletup dan sakit pada bahagian pinggang dan belakang.

Herniated disc atau dikenali sebagai slipped disc boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tetapi situasi ini sering terjadi dalam golongan mereka yang berusia daripada 20 tahun sehingga 50 tahun.

Dan paling tinggi jumlah mereka yang menghidapi slipped disc ini adalah golongan muda. Kenapa ramai golongan muda boleh menghidapi slipped disc?

Jika kamu mahu tahu, slipped disc ini boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor dan bukan sahaja hanya terjadi kerana mengangkat barang berat.

Apa Sebenarnya Slipped Disc?

Pertama sekali kamu perlu tahu adalah setiap individu mempunyai 24 set tulang yang dipanggil sebagai vertebra. Setiap tulang ini dilindungi dengan cakera (disc).

Selain melindungi, fungsi cakera ini adalah untuk menyerap segala kejutan daripada setiap aktiviti harian kita seperti berjalan, mengangkat barang mahupun melompat.Foto – CHI St. Luke’s Health

Untuk setiap cakera, ia mempunyai dua bahagian iaitu bahagian dalam iaitu Nucleus Pulposus (lembut seperti agar-agar) dan bahagian luar iaitu Annulus Fibrosus (berbentuk cincin yang keras).

Slipped disc ini terjadi apabila nucleus pulposus terkeluar dan mula menekan bahagian annulus fibrosus. Tekanan di bahagian annulus fibrosus ini yang menyebabkan seseorang individu menghidapi sakit pada bahagian belakang.

Apabila tekanan makin meningkat, annulus fibrosus akan menjadi lebih membengkak dan menyebabkan saraf tunjang turut ditekan dan dihimpit. Kesannya, individu yang menghidapi situasi ini akan menjadi lenguh, kebas dan rasa tidak selesa.

Simptom 

Slipped disc ini boleh terjadi di mana-mana bahagian di tulang belakang kamu iaitu dari leher sehingga punggung. Tetapi pada kebiasaannya, slipped disc ini terjadi pada kawasan punggung

Pada ruangan tulang belakang, ia mempunyai rangkaian saraf dan saluran darah yang rumit. Apabila kamu mengalami slipped disc, ia akan memberi tekanan yang tinggi pada saraf dan otot di sekitarnya.

Bagi setiap individu, kesakitan dan simptom yang dialami mungkin berbeza dan antaranya adalah:

  • Sakit dan kebas di separuh bahagian badan
  • Sakit melampau pada bahagian lengan atau kaki
  • Sakit pada waktu malam atau ketika bergerak dalam keadaan yang tertentu
  • Sakit selepas berdiri atau duduk terlalu lama
  • Sakit atau tiada refleksi pada bahagian kaki
  • Rasa otot lemah yang tidak boleh dijelaskan

Penyebab 

Untuk seseorang itu menghidapi slipped disc ini, ada beberapa keadaan yang menjadi penyebab kepada situasi ini berlaku.

Usia 

Setiap cakera mengandungi cecair untuk menjadikan tulang belakang kita fleksibel. Semakin usia meningkat, cakera kamu akan mula mengalami kerosakan atau menjadi bengkak sehingga menyebabkan annulus fibrosus terkoyak.Foto – Mobile Health Data

Apabila makin meningkat usia, cecair dalam cakera akan berkurangan dan menjadikannya semakin kecut. Apabila situasi ini berlaku, jarak di antara vertebra akan menjadi lebih rapat dan cenderung menjadikan seseorang itu menghidapi slipped disc.

Berat Badan 

Jika kamu mempunyai berat badan yang berlebihan, risiko untuk mengalami slipped disc adalah tinggi. Situasi ini terjadi kerana cakera bekerja dengan keras untuk menampung keseluruhan berat badan.Foto – Medical Economics

Apabila cakera bekerja keras, ia akan memberikan tekanan pada bahagian bawah badan kamu iaitu punggung. Bukan sahaja cakera kena bekerja keras untuk menampung berat badan, malah tulang badan turut memerlukan ‘extra work’.

Aktiviti Atau Kerja 

Jika melakukan kerja atau aktiviti yang melibatkan berat, ini adalah bahaya kepada kamu. Tidak menggunakan teknik mengangkat atau menampung berat dengan betul, cakera kamu boleh ‘tergelincir’ dengan mudah.

Cara Merawat 

Walaupun ada rawatan tertentu bagi mereka yang mempunyai slipped disc, semuanya bergantung kepada tahap kerosakan dan keparahan.

Ubat-Ubatan

Ubat-ubatan ini diberikan kepada mereka yang mempunyai tahap kecederaan yang ringan. Fungsi ubat ini adalah untuk mengawal kesakitan, keradangan, kekejangan otot terutamanya ketika tidur.

Ubat yang diberikan melibatkan steroid, ubat tahan sakit dan ubat penenang otot untuk mengawal tahap kecederaan dan mengurangkan keradangan pada pesakit.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *