Makan Banyak Sangat Pisang Pun Boleh Buat Kamu…


Cakap tentang buah pisang, ramai yang tahu terutamanya para atlet iaitu ianya memberikan tenaga yang cukup dan tidak membuatkan kita menjadi lapar.

Tetapi adakah kamu tahu, buah pisang perlu dimakan dalam kuantiti yang sepatutnya dan bukannya secara berlebihan.

Ini kerana jika kamu mengambil secara berlebihan, ia boleh bertukar menjadi makanan yang tidak bagus dan tidak dapat memberi manfaat sebaliknya boleh menjadi bahaya kepada kesihatan kamu.

Kalau kamu mahu tahu apakah kesan memakan buah pisang secara berlebihan, teruskan membaca!

Gigi Boleh Rosak 

Buah-buahan termasuklah pisang mengandungi kandungan gula semula jadi yang boleh dikatakan tinggi untuk satu hidangan. Jadi, jika kamu gemar memakan buah-buahan bergula ini, ia boleh membahayakan kesihatan gigi kamu.

Seperti pisang, ia berpotensi untuk merosakkan gigi dengan lebih cepat berbanding daripada coklat dan gula-gula getah. Sebab itulah, ramai yang berjaga-jaga dan mengambil buah-buahan ini dalam kuantiti yang disyorkan.

Naik Berat Badan 

Seperti yang orang ramai tahu, pisang mengandungi serat yang dapat membantu kita berasa kenyang dan menurunkan berat badan. Tetapi adakah kamu tahu, jika mengambil pisang dalam kuantiti berlebihan, kamu tidak boleh mencapainya?

Ini kerana pisang mengandungi jumlah karbohidrat dan kalori yang banyak. Apabila kamu makan dalam kuantiti yang banyak, secara tidak langsung ia menaikkan berat badan kamu dan tidak berfungsi dalam membantu kamu menjadi kenyang dan menurunkan berat badan.

Jadi sangat penting untuk mereka yang ingin kurangkan berat badan untuk sentiasa menjaga pengambilan buah pisang dalam jumlah yang sepatutnya untuk menurunkan berat badan dengan lebih berkesan.

Boleh Jadi Migrain 

Selain berasa tertekan dan tidak menjaga kesihatan, buah pisang juga boleh menjadi penyebab kepada migrain untuk berlaku.

Untuk pengetahuan kamu, nutrien dan bahan kimia tertentu seperti chemical tyramine boleh trigger migrain untuk ‘menyerang’.

Jadi, hadkan pengambilan atau langsung tidak makan buah pisang boleh elakkan kamu daripada menghidapi penyakit migrain ini.

Boleh Jadi Sembelit

Siapa sangka, buah pisang mengandungi sejumlah besar tannic acid bagi setiap kali hidangan yang disyorkan. Sekiranya makan dalam jumlah yang sepatutnya, ia tidak akan membahayakan kamu. Tetapi jika makan dalam jumlah yang banyak, ia boleh mengganggu kesihatan.Foto – Meraki Lane

Kesan pengambilan buah pisang yang banyak boleh menyebabkan badan kamu menghidapi sembelit yang sangat serius kerana kandungan tannic acid yang tinggi dalam pisang.

Walaupun ada sesetengah orang mengalami sembelit dalam beberapa situasi. Tetapi jika terjadinya sembelit yang kronik, ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada saluran pencernaan dan memerlukan rawatan segera daripada doktor.

Gula Dalam Darah Meningkat

Bagi mereka yang menghidapi penyakit diabetes, pengambilan pisang dalam diet tidak boleh dimakan dengan kerap malah hanya sekali-sekala sahaja.

Ini kerana indeks glisemik (GI) pisang membuatkan gula dalam darah seseorang itu meningkat dengan tinggi.

Apabila gula dalam darah menjadi tinggi, badan tidak dapat mengatur kadar insulin dengan teratur dan betul. Kesannya individu yang menghidapi penyakit diabetes ini boleh menjadi koma diabetes dan boleh meragut nyawa.

Jika kamu menghidapi penyakit ini dan menyukai pisang, pastikan tahap gula dalam darah konsisten dan hanya makan pisang yang kurang masak kerana ia sesuai dengan tahap GI yang rendah.

Berpotensi Hidap Hyperkalemia

Menjadi salah satu sumber potassium yang terbaik, tetapi jika kita mengambil pisang dalam jumlah yang banyak, ia boleh memudaratkan si pemakan.

Ini kerana jumlah potassium yang berlebihan boleh membuatkan seseorang individu itu menghidapi hyperkalemia. Penyakit ini adalah satu keadaan di mana seseorang individu menghidapi fungsi sel saraf dan otot yang rosak.

Boleh Mengantuk Dengan Cepat

Pisang dikatakan sebagai salah satu buah yang dapat memberi tenaga pada kamu, tetapi sebenarnya tidak. Sebenarnya ia mengandungi tryptophan yang tinggi iaitu amino acid yang dapat kurangkan prestasi mental dan reaksi selain membuatkan kamu berasa mengantuk walaupun baru memulakan hari.

Kandungan dos magnesium yang tinggi juga boleh menjadi salah satu punca mineral yang membantu kelonggoran otot. Jika kamu menghidapi masalah untuk tidur, jadikan pisang ini sebagai makanan ringan sebelum kamu tidur.

KESIMPULAN

Jadi sebelum makan buah pisang, kamu perlu tahu kuantiti yang diperlukan oleh badan untuk dijadikan sebagai tenaga dan manfaat. Elakkan daripada mengambil secara berlebihan untuk tidak membahayakan diri.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *