Mahu Rumah Sentiasa Bersih Dan Wangi, Boleh Cuba Empat Langkah Mudah Ni!


Ada kalanya ramai orang akan sibuk dengan pelbagai jenis urusan lain pada hujung minggu. Jika ada masa terluang kita akan melakukan perkara ekstra seperti menukar perabot atau mendekorasi rumah. Tapi kalau bab membersih rumah nak tak nak mesti kena buat. 

mahu rumah sentiasa bersih dan wangi, boleh cuba empat langkah mudah ni!

Jangan risau anda boleh cuba pratikkan empat langkah mudah ini jika mahu rumah sentiasa bersih dan wangi.

1. Tak nak habuk melekat pada perabot

Memang tak boleh dinafikan rumah sangat mudah berhabuk walaupun dah berkali-kali kita lap. Tapi boleh cuba ikut petua ini. 

mahu rumah sentiasa bersih dan wangi, boleh cuba empat langkah mudah ni!

Caranya mudah sahaja. Bancuhkan 1 penutup pelembut fabrik dan 10 cawan air hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot. Dengan cara ini habuk tidak mudah letak pada perabot dan  rumah akan berbau lebih harum.

2. Kilatkan lantai rumah

Tak ada siapa yang suka jika lantai rumah melekit. Lagi-lagi bila baru sahaja memasak, lantai akan berminyak dan melekit. Tak perlu buang masa, ikut sahaja cara ini. 

mahu rumah sentiasa bersih dan wangi, boleh cuba empat langkah mudah ni!

Pertama sekali sapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan hauk dibersihkan. Bancuhkan 1 penutup pencuci lantai, cuka dan air panas. Dan mulakan mop pada lantai. Hasilnya lantai akan kelihatan lebih licin pada berkilat seperti baru. 

3. Mewangikan rumah

Selain menggunakan pewangi dan penyegar udara. Boleh cuba cara ini untuk patikán rumah bau lebih wangi, segar dan membuatkan keluarga anda berasa lebih selesa.

mahu rumah sentiasa bersih dan wangi, boleh cuba empat langkah mudah ni!

Campurkan 1 penutup pelembut fabrik dan cuka. Semburkan pada weluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini akan mewangikan rumah dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Boleh semburkan pada perabot berfabrik, baunya akan bertahan lebih lama dan paling penting wangi!

4. Segarkan bilik air

Orang tua selalu kata, nak tahu kebersihan seseorang itu lihat dulu bilik air mereka. Jadi boleh kekalkan kesegaran bilik air anda dengan cara ini.

mahu rumah sentiasa bersih dan wangi, boleh cuba empat langkah mudah ni!

Satukan 1 sudu teh soda bikarbonat, 1 sudu teh cuka dan 1 cawan air. Dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air akan rasa lebih segar dan harum.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *