Langsung Tak Bersenam, Tubuh Akan Alami 7 Tanda


“Kenapa hari-hari aku rasa malas, tak bersemangat…?”

Kamu rasa penat, mengantuk, tak bertenaga, badan lesu? Itu merupakan antara petanda tubuh kamu kurang bergerak apatah lagi bersenam.

Bersenam adalah keperluan. Sekiranya anda tidak memenuhi keperluan ini, badan akan memintanya sendiri. Mungkin sekarang anda tidak nampak komplikasi jika tidak bersenam, tapi perhatikan diri sendiri, tengok perubahan… kalau rasa diri makin negatif, do something!

Selalu Letih

Sekiranya anda merasa letih sepanjang masa, walaupun makan dan tidur cukup, kemungkinan yang anda perlukan adalah bersenam.

Kajian dari University of Georgia menunjukkan bahawa hanya berjalan 20 minit dan melakukan senaman aerobik 3 kali seminggu secara berkala dapat meningkatkan tenaga sebanyak 20%.

Badan Terasa Sakit

Pernahkan anda merasa ketika anda bangun pada waktu pagi, tiba-tiba punggung, lutut, atau bahu anda sakit? Walaupun anda tidak melakukan sebarang aktiviti berat. Ini juga boleh menjadi petanda bahawa anda tidak cukup bersenam.

Dengan mengelakkan otot, sendi akan mengendur dan darah mengalir dengan lebih lancar ke semua bahagian badan, yang akan mengurangkan kesakitan. Bahkan orang yang mengalami sakit dan sakit jangka panjang seperti rheumatoid arthritis, dapat melegakan simptom mereka jika melakukan senaman secara berkala.

Rasa Tertekan

Adakah anda merasa tertekan sejak kebelakangan ini? Memikirkan perkara, bimbang, takut akan macam-maca perkara?

Dengan bersenam, anda akan merasa lebih tenang dan bahagia. Senaman meningkatkan tahap endorfin dalam badan. Endorfin adalah hormon semula jadi yang akan memberikan rasa senang dan tenang.

Tak Pernah Rasa Kenyang

Apabila anda tidak cukup bersenam, badan akan berasa letih. Badan yang letih sebenarnya menghasilkan lebih banyak hormon ghrelin (hormon yang mengawal sensor lapar). Terlalu banyak hormon ini menyebabkan anda ingin makan lebih banyak sepanjang hari.

Senaman dapat mengawal nafsu makan dengan baik. Orang yang bersenam secara teratur akan dapat mengawal hormon ini dengan lebih baik, sehingga perasaan lapar tetap terjaga.

Sembelit

Senaman membantu meningkatkan pergerakan sistem pencernaan. Apabila seseorang kurang bersenam, proses pencernaan badannya juga akan menjadi perlahan.

Lebih-lebih lagi, orang yang mempunyai banyak lemak viseral (lemak perut) dan mengalami pergerakan usus yang tidak teratur, juga berisiko kanser kolorektal.

Berat Badan Naik

Sedangkan atlet profesional yang berhenti latihan hanya selama 5 minggu mengalami peningkatan peratusan lemak badan sebanyak 12 peratus, inikan pula anda.

Hasilnya ialah peningkatan lemak meningkatkan berat badan dan pinggang mereka, seperti yang dilaporkan dalam Journal of Strength and Conditioning Research pada tahun 2012.

Bayangkan dengan rutin yang sama, makan tetap waktunya, kurang aktiviti fizikal, tidak hairanlah badan anda akan mengumpulkan kalori dari makanan dan menambah berat badan.

Masalah Tidur

Sekiranya anda sukar tidur terutama pada waktu malam, ini mungkin merupakan tanda bahawa anda perlu bersenam.

Satu kajian menunjukkan bahawa orang yang bersenam 30-40 minit 4 kali seminggu mengalami peningkatan kualiti tidur, mengantuk pada waktu siang, dan merasa lebih selesa pada hari berikutnya, bahkan lalui hari dengan aktif.

Jadi, kepada anda yang langsung tidak bersenam, ubah gaya hidup dan mulakan langkah. Tak perlu beria work in ke gimnasium, senaman ringkas atau jogging di sekitar tanam juga sudah mencukupi. Asalkan keluar peluh, bergerak dan badan terasa ringan.

Stay Safe & Be Positive!


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *