Kunyit : Cara penanaman yang sebenar


Wanita ini, Alin Lin berkongsi tip menanam pokok kunyit sehingga menghasilkan daun lebar-lebar yang segar. Sebagai seorang beginner dalam bidang perkebunan, bukan mudah sebenarnya nak tanam pokok kunyit dan dapatkan daun kunyit yang subur.

Melalui proses pembelajaran selama beberapa bulan, dari pengalaman dan pembacaan, inilah tip yang dikongsikan. Sesuai untuk mereka yang baru nak mula.

Nak cerita cara saya tanam kunyit. Sebab Ada jumpa beberapa post yang kunyitnya kering layu dan mati.

Saya juga baru je belajar menanam guna polly beg ni. Baru sangat, dalam 4-5 bulan lebih kurang.”

Cara Tanam Kunyit, Hasilkan Daun Lebar-lebar

Lebar-lebar daun kunyit guna kaedah ini

Senang cerita kunyit,

Suka tempat yang sejuk.

Maksudnya redup. Kalau bawah matahari terus tanpa hujan, kurang siram, tanah akan jadi kering. Maka pokok kunyit akan berubah jadi kuning. Ini berdasarkan pengalaman saya tanam atas tanah yang terdedah matahari.

Tanam pokok jarak-jarak

Pokok jarak-jarak dan tak rapat, takde perlindungan kawasan matahari petang, ia memang terik. Kalau matahari pagi ok lagi. Dia mampu bertahan tapi agak terbakar hujung-hujung daunnya. Tidaklah teruk sangat. Malah, daunnya masih boleh guna.

Pindahkan Ke Polly Beg

Saya pindah dalam polly beg, letak tepi rumah dan bawah teduhan pokok rambutan. Tempat ni memang sejuk dan dapat sinaran matahari pagi. Hasilnya, daun lebih lebar dan daun lebih hijau.

Guna Baja Urea, nasi basi

Saya hanya guna baja urea. Kalau ada nasi basi saya letak sikit-sikit je kat tanah dia. Lepas tu gembur-gemburkan.

Jenis Tanah Cocopeat Dan Sekam Bakar

Tanah yang saya gunakan :

  • Sekam bakar
  • Sabut kelapa halus (cocopaet)
  • Nisbah 3 cocopaet 1 sekam bakar

Alhamdulillah, dari 3-4 pokok kini saya mendapat 37 pokok.
Guna cocopaet ni sebenarnya senang. Saya pun baru tahu kita tak perlu siram selalu sebab tanahnya memang sentiasa lembab. Dan bila musim hujan dia tak terlalu terendam air. Tanah ini tak akan mampat so akar senang bercambah, membuatkan pokok mudah jadi besar, daun pun besar-besar. Geram tengok. Sukanyaaa.

Jika Ada Pokok Yang Bantut/Mati

Dalam 10 pokok yang kita tanam, mesti ada salah satunya layu, bantut dann mati. Jadi, saya korek isinya dan lihat masih cantik, keras dan tak membusuk. Jadi saya biarkan saja. Alhamdulillah, dah keluar tunas baru.

Jika Ada pokok anda yang layu dan mati. Potong semua daun dan batangnya. InsyaAllah dia akan tumbuh semula kalau isinya tak membusuk.

Jika isinya membusuk baik buang je. Gamburkan tanah. Jika tanah DH mengeras eloknya tukar tanah jika tak sesuai.

Perhatikan mereka yang menanam kunyit berskala besar sehingga berekar-ekar. Tetapi hasilnya cantik dan subur walau pun terdedah pancaran matahari.

Pada pandangan saya sebab ia ditanam rapat dan tanahnya lembab dan tak terlalu kering. Pembajaan yang bagus kerana mereka memang pakar. Tanah bersesuaian, tanah gembur dan pengairan yang bagus.

Tip Tanam, Rawat Pokok Kunyit

Puas juga saya cuba mencari di media sosial tentang bagaimana menanam kunyit. Sayangnya kebanyakannya menunjukkan cara menanamnya sahaja tapi tidak cara perawatan dan kawasan yang sesuai.

Susah sebenarnya mendapatkan ilmu jika tak ada yang ajar. Apa yang saya dapat semua dari pengalaman sendiri. Belajar dari kesilapan dan usaha sampai dapat.
Sekian ulasan saya yang panjang lebar ni.

Selamat mencuba.

Sumber : Mingguan Wanita


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Filza

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *