Kunci Rumah Tangga Bahagia Yang Patut Diamalkan Dari Sekarang.


Setiap manusia memang tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan. Begitu juga dalam rumah tangga, mesti akan ada salah faham atau kesilapan dalam rumah tangga. Persoalannya, adakah anda menyelesaikannya, atau biarkan waktu atau keadaan memutuskannya?

Membaiki kesilapan adalah perkara yang penting dalam memastikan rumah tangga bahagia.

Namun begitu, suami dan isteri haruslah berazam dan bertekad agar tidak mengulangi kesilapan yang sama supaya alam rumah tangga sentiasa bahagia sehingga hujung nyawa.

7 TIPS KUNCI RUMAH TANGGA BAHAGIA YANG ANDA PERLU TAHU

  1. Berkomunikasi antara satu sama lain

Komunikasi ini adalah sangat penting dalam sesuatu hubungan lebih lebih lagi dalam alam rumah tangga. Jangan pernah ada atau terdetik pun sikap ego dalam diri masing-masing sebab ego itu sangatlah bahaya. Jangan disebabkan nak ‘menang’ hingga anda merendahkan martabat seorang suami.

Cubalah bertolak ansur dan menjadi pasangan yang terbaik kerana dengan berkomunikasi secara berhemah dapat menyelamatkan hubungan anda.

2. Tidak berubah sebab orang lain

Kunci rumah tangga bahagia seterusnya ialah menjadi diri sendiri. Senang kata, tidak berpura-pura dihadapan pasangan.

Namun, jangan tertekan sekiranya anda tidak dapat memenuhi permintaan pasangan. Cuba jadi yang terbaik buat si dia.

3. Jangan cuba tukar sikap pasangan

Ini juga merupakan salah satu kunci rumah tangga bahagia. Ini akan menjadi satu masalah perkahwinan yang rumit apabila anda cuba tentukan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pasangan.

Sebaiknya, sebagai seorang suami isteri, anda perlu lah saling menerima kelemahan dan kebaikan antara satu sama lain.

Perkahwinan yang terjalin sepatutnya membesar bersama-sama dan membina kasih sayang yang utuh antara satu sama lain.

4. Ucap kata ‘MAAF’

Walaupun ia hanya satu perkataan sahaja, tetapi ia amat bermakna dan sekaligus dapat melembutkan hati pasangan. Jika anda rasa bersalah dalam hal tersebutdan menyedarinya, segeralah meminta maaf.

Ini akan menunjukkan anda seorang yang matang dalam perkahwinan. Apatah lagi, kata maaf yang diucapkan bukan bermakna anda mengalah, tapi anda sedang berjuang selamatkan perkahwinan yang dibina.

5. Beri ruang antara satu sama lain

Semua orang memrlukan ruang untuk menyendiri apatah lagi apabila terlalu tertekan termasuklah pasangan yang sudah berkahwin. Ada kalanya kita perlu rileks dan melakukan aktiviti sendirian.

Contohnya seperti suami, berikanlah ruang untuk dia meluangkan masa bersama rakan-rakan sewaktu di universiti dahulu. Biarkan sahaja asalkan dia tidak berlaku curang dibelakang anda.

6. Beri kepercayaan terhadap pasangan

Kepercayaan juga penting dalam alam rumah tangga. Bagaimana kalau tak ada kepercayaan dalam rumah tangga? Pasti anda tidak akan merasa gembira.

Jangan sesekali menuduh tanpa ada usul periksa atau ada bukti yang kukuh.

Sekiranya anda rasa curiga, bertanya dulu kepada pasangan daripada serkap jarang dan menuduh tanpa usul periksa.

7. Jangan lupa hubungan kelamin

Biasanya bila sudah ada anak, ada ketikanya pasangan suami isteri akan sedikit mengelak untuk melakukan hubungan intim dan rasa tidak perlu melakukannya.

Sedangkan hubungan kelamin ini dapat mengeratkan ikatan kasih sayang antara suami isteri. Selain itu, luangkan sedikit masa bersama-sama dan sesekali cubalah buat surprise buat si dia seperti berpelukan dan sebagainya.

Sumber: https://my.theasianparent.com/kunci-rumah-tangga-bahagia


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *