Kulit anda BREAKOUT? Cuba cara ini


Pada ERAglobalisasi ini, ramai manusia inginkan kulit yang cantik dan sihat. Akan tetapi, ramai yang bila cuba je produk yang ini, tiba-tiba breakout pula. Ada yang buntu macam mana lagi hendak merawat kulit breakout tersebut. Jangan risau, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Anda kena yakin!

Antara caranya adalah:

Minum air putih dengan banyak

Dengan meminum air putih yang banyak, kita dapat membuang dan mengurangkan toksik dalam badan. Dengan ini, dalaman kita akan lebih sihat dan secara tidak langsung luaran juga akan menjadi sihat. Kulit akan lebih bersih dan jerawat akan semakin kecut dan hilang. Sekurang-kurangnya minumlah 2 liter sehari.

Elakkan makan makanan yang berminyak

Cuba elakkan makan makanan yang berminyak. Ini kerana makanan yang berminyak dapat menyebabkan kulit muka menghasilkan banyak minyak dan akan menyebabkan jerawat tumbuh.

Pakai sunscreen setiap pagi petang

Sunscreen/Pelindung suria sangat-sangat penting. Jangan lupa pakai sunscreen setiap pagi dan petang (12 tengah hari – 5 petang seelok-eloknya) untuk melindungi kulit kita daripada cahaya matahari yang dapat merosakkan sel kulit kita. jika kita tidak memakai sunscreen, kulit kita akan cepat menua dan berkedut. Jadi, untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi, pemakaian sunscreen pada setiap pagi dan petang.

Mencuci muka sekali sehari (di waktu malam sebelum tidur)

Jika muka anda mengalami breakout, seelok-eloknya cuci muka anda hanya sekali sehari untuk mengelakkan minyak yang baik pada wajah anda hilang dan ini juga untuk mengekalkan kelembapan kulit anda dan menjaga sel kulit anda dari bahan kimia yang berlebihan.

Gunakan chemical exfoliator

Bagi kulit yang berjerawat, chemical exfoliator adalah lebih sesuai. Ini kerana, chemical exfoliator lebih bersifat lembut pada kulit manakala physical exfoliator adalah kasar untuk kulit yang berjerawat. Jadi jika kulit anda breakout, chemical exfolitor adalah sesuai untuk anda. Gunakan 1-2 kali seminggu sahaja ya.

Gunakan basic skincare sahaja

Gunakan hanya basic skincare :

cleanser, moisturizer, sunscreen (pagi/petang)

cleanser, moisturizer (malam)

Semoga tips ini membantu anda, teruskan berusaha!!


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
1
love
lol lol
0
lol
omg omg
1
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *