KKM Jelaskan Dakwaan Tular Kononnya Berkumur Boleh Bunuh COVID-19


COVID-19 merupakan virus yang senang tersebar melalui udara dan sentuhan. Maka kita dinasihatkan untuk memakai pelitup muka dan mencuci tangan dengan air dan sabun apabila keluar ke tempat awam.

Baru-baru ini juga wujud dakwaan kononnya pakar dari Malaysia telah menemui ubat COVID-19 iaitu dengan berkumur Betadine atau Listerine sebanyak 3 kali sehari selama 4 hari berturut-turut. Dakwanya, ia boleh membunuh virus COVID-19.

kkm jelaskan dakwaan tular kononnya berkumur boleh bunuh covid-19

Dakwaan yang tular itu mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menerusi perkongsiannya oleh seorang doktor gigi iaitu Dr. Iqbal Rosali.

Menurutnya, amalan berkumur ini sudah lama dipraktikkan dari sudut pergigian. Ia diamalkan sebelum pesakit membuat rawatan seperti tampalan atau scaling. Bahan yang ada dalam ubat kumur adalah sebagai langkah pencegahan virus COVID-19, dan bukannya sebagai rawatan kepada virus tersebut.

Sama seperti pencuci tangan hand sanitizer yang mengandungi alkohol, ubat kumur pula mempunyai povidine iodine atau chlorohexidine yang digunakan untuk membunuh virus dan bakteria.

kkm jelaskan dakwaan tular kononnya berkumur boleh bunuh covid-19

Justeru dengan hanya berkumur, ia tidak dapat membunuh virus yang ada dalam badan individu yang dijangkiti, sebaliknya sebagai satu langkah pencegahan dan bukannya rawatan COVID-19.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *