Ketahui Rahsia Mendapatkan Kulit Muka Persis Artis Korea!


Siapa sahaja yang tidak mengenali kumpulan penyanyi remaja dari Korea Selatan seperti EXO, BTS bukan? Mereka sangat popular di seantero dunia ini dengan lagu dan muzik yang sangat rancak serta tarian yang memukau dalam persembahan mereka tidak kira secara siaran langsung atau dalam muzik video. Pun begitu, apa sebenarnya yang menjadi tarikan utama grup-grup ini? Sebenarnya, ia adalah wajah mereka!

Seperti yang anda dapat lihat sendiri di kaca televisyen atau pada peranti gajet terkini anda, penampilan ahli kumpulan K-Pop ini sangat cantik, dan menarik. Tidak percaya? Lihat sahaja kulit muka mereka. Hampir kesemua mereka mempunyai wajah yang sangat putih, bersih dan tanpa cela. 

Apa rahsia mereka dalam penjagaan kulit wajah?

  • Didikan ibu bapa

Beliau mengatakan bahawa rahsia paling utama masyarakat Korea dalam hal penjagaan wajah adalah bermula sejak kecil lagi. Sebagaimana disiplin dalam bidang pembelajaran, pekerjaan atau apa-apa sahaja yang dilakukan, penjagaan wajah sebenarnya telah dididik oleh ibu bapa dan dipupuk di dalam diri setiap kanak-kanak Korea.  

  • Pemakaian produk

Beliau juga mengatakan bahawa masyarakat Korea sangat mementingkan pemakaian produk seperti pencuci, penyegar atau pelembap kulit bukan sahaja kepada wanita, malahan juga kepada lelaki.

  • Topeng wajah

Beliau turut mengatakan bahawa masyarakat Korea sangat mementingkan pemakaian topeng wajah. Tanpa mengira jantina atau usia, mereka akan menggunakan ia sama ada sebelum memakai alat solek atau selepas mencuci wajah, ia akan digunakan pada muka. Amalan ini dikatakan sudah mereka praktikkan sejak berabad lamanya.

Tip penjagaan wajah orang Korea!

Di sebalik berberapa rahsia yang telah dinyatakan, yang anda sendiri boleh cuba di rumah, antaranya:

1. Jangan sekadar mencuci muka sekali sahaja

Kebanyakan kita beranggapan bahawa mencuci muka sekali sahaja setiap hari sudah mencukupi. Walhal, ini adalah tidak benar sama sekali. Jika anda ingin menjadikan kulit anda persis artis Korea, anda perlu mencuci muka anda secara berganda. 

Maksudnya di sini adalah masyarakat Korea akan mencuci muka lebih daripada sekali dan sekurang-kurangnya dua kali. Ini kerana anda yang menggunakan solekan perlu membersihkannya daripada kulit muka setiap menggunakan pembersih solekan yang berasaskan minyak untuk cucian yang pertama. Untuk cucian kedua, anda perlu gunakan pencuci wajah yang biasa untuk membersihkan kulit hingga ke dalam (deep clean).

Jadi, pastikan anda membersihkan wajah setiap kali selepas memakai solekan lebih daripada sekali sebelum anda masuk tidur.

2. Amalkan peraturan 10 saat

Apa itu peraturan 10 saat? Peraturan ini sangat popular di Korea di mana individu yang baru sahaja selesai mandi, perlu memakai toner atau esen pada wajah dalam masa kurang 10 saat! Amalan ini dikatakan perlu dilakukan untuk mengelakkan kulit anda menjadi kering. Secara hipotesisnya, lebih lama anda tangguh untuk memakai toner atau esen, lebih cepat kulit anda akan menjadi kering.

Untuk menjayakan amalan ini, anda boleh simpan toner atau esen di dalam bilik mandi untuk memudahkan ia dicapai dan digunakan selepas sahaja anda selesai mandi. Amalan ini mungkin berpunca daripada tahap sensitiviti kulit pada wajah yang sangat nipis. Jadi, anda perlu secepatnya mengunci lembapan pada kulit wajah untuk sentiasa melindunginya.

3. Sentiasa bawa topeng muka

Bagi masyarakat Korea, topeng muka adalah seakan sesuatu yang sangat penting. Ia merupakan kegilaan bagi setiap kelompok masyarakat mereka tidak kira jantina dan usia. Ini disebabkan oleh sifat topeng ini yang boleh melembap, mengelupas dan mencerahkan kulit.

Ketika menggunakannya, terdapat satu tip yang sangat berguna iaitu sentiasa bawa ia ke mana-mana sahaja terutamanya ketika anda mengunjungi gim atau spa. Ini kerana tempat sebegini akan membuat liang pori pada wajah anda terbuka kerana wap yang panas. Jadi, setiap kali anda berasa kulit anda mula mengalami ketidakselesaan, segera gunakan topeng ini untuk memastikan kulit muka anda sentiasa segar.

4. Urut wajah dengan kerap

Di Korea, sudah menjadi rutin yang sangat biasa bagi mereka untuk mengurut wajah mereka pada setiap hari. Jika anda ingin mencubanya, anda mungkin boleh amalkan urutan menggunakan tulang ketuk jari atau ibu jari untuk mengurut seluruh permukaan wajah anda dengan lembut untuk merangsang sel dan otot di bawah kulit. 

Ini bukan sahaja akan melancarkan peredaran darah dan oksigen pada muka namun juga akan membuatkan kulit wajah anda lebih sihat dan cantik. Dalam pada itu, urutan muka ini dikatakan mampu membuat kulit wajah anda menjadi tegang sekali gus menghalang kedutan daripada muncul. Ini merupakan teknik yang sangat mudah dilakukan untuk melambatkan penuaan.

5. Air beras

Air beras mempunyai pelbagai manfaat terhadap kulit, sepertimana yang kebanyakan kita tahu. Di Korea, ia digunakan untuk mencuci wajah. Jadi, anda boleh cuba gunakan ia dengan ambil dan rendam ia di dalam air yang bersih selama 10 hingga 15 minit, kacau dan sapu air yang pekat itu ke wajah anda.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *