Ketahui Kenapa Pentingnya Untuk Wanita Miliki Harta Sendiri


Muslim woman wearing hijab relaxing on savanna at sumba island indonesia

Penting untuk kaum wanita seperti kamu memiliki harta sendiri, sama ada sebelum berkahwin mahupun setelah berkahwin!

Ini antara sebab kenapa wanita perlu memiliki harta sendiri dan pentingnya kesedaran memiliki harta peribadi untuk masa depan diri dan anak-anak.

1. Tidak Mudah Tersungkur Setelah Suami Meninggal Dunia

Isteri mana yang tidak bersedih hati apabila suami tercinta yang merupakan tulang belakang keluarga, tiba-tiba pergi meninggalkan diri sendirian menghadapi segala kepayahan hidup dan membesarkan anak. Tetapi semua itu dapat diharungi dengan tabah dan sabar.

Serta dalam masa yang sama, apabila diri kamu memiliki harta dan wang simpanan sendiri kamu mampu mengatur kehidupan diri dan anak-anak dengan lebih baik. Meski cinta hati tiada lagi di sisi bagi mengharungi pahit manis kehidupan bersama kamu dan anak-anak.

2. Tidak Merasakan, Proses Menunggu Pembahagian Faraid Sukar!

Ambil ikhtibar mengenai kes yang berlaku ke atas isteri Allahyarham Abam Bocey, di mana isu harta pusaka, penyelesaian segala hutang piutang Allahyarham dan proses pembahagian faraid, memerlukan masa. Dan jika sang isteri memiliki harta dan wang simpanan mereka sendiri, segala urusan dirasakan mudah dan tidak sukar.

Kena faham untuk menyelesaikan segala urusan yang berkaitan dengan si mati, ianya memerlukan masa dan dalam masa tempoh menunggu tersebut, bagaimana pula sang isteri dan anak-anak si mati meneruskan kehidupan? Jika sang isteri hanya mengharapkan wang sumbangan, ianya tidak akan bertahan lama.

Sebab itu, penting dan wajar untuk wanita memiliki harta mereka sendiri bagi menghadapi waktu-waktu sebegini.

3. Miliki Harta Sendiri, Umpama Insuran Masa Depan

Tiada siapa yang mahu rumah tangga yang di bina runtuh begitu saja, tapi itu adalah kemungkinan yang mungkin berlaku pada mana-mana wanita. Bayangkan diri kamu yang tidak bekerja kemudiannya ditinggalkan suami begitu saja.

Apa kamu boleh kamu lakukan jika itu terjadi pada diri kamu sendiri? Sebab itu, dalam mindset wanita kena ada impian untuk memiliki wang dan harta sendiri sebagai insuran masa depan. Sekurang-kurangnya kamu memiliki rumah, kereta dan wang simpanan sendiri jika di tendang keluar, betul tak?

4. Jika Berlaku Masalah Kewangan Selepas Berkahwin, Maka Harta Kamulah Penyelamatnya!

Jika berlaku masalah kewangan setelah beberapa tahun kamu berkahwin, maka wang simpanan dan harta peribadi yang kamu miliki adalah penyelamatnya.

Turun naik kehidupan pasti akan dilalui oleh mana-mana pasangan yang berkahwin dan salah satunya masalah kewangan, dengan bantuan kewangan yang kamu miliki sang suami pasti turut bersenang hati!

5. Miliki Wang Sendiri Adalah Pendapatan Tambahan Untuk Diri Sendiri

Meski suami memberi nafkah untuk diri kamu, tidak salah untuk kamu menjana pendapatan sendiri sebagai pendapatan tambahan. Lagi pula dengan keadaan ekonomi negara seperti, kamu perlu bijak mengurus wang dan perbelanjaan dapur, keperluan keluarga dan persekolahan anak-anak.

Dengan menjana pendapatan sendiri, kamu juga dapat bantu meringankan beban suami!

6. Siapa Kata Wanita Tidak Mampu Miliki Harta Peribadi?

Wanita perlu menjadi lebih bijak dan memandang ke hadapan tanpa perlu risau tentang pandangan orang lain. Mungkin ada segelintir yang mengatakan bahawa wanita yang mempunyai harta sendiri atau sibuk mengumpul wang dan aset adalah wanita jenis materialistic!

Sebenarnya tanggapan negatif seperti itu salah dan harus diperbetulkan. Tujuan atau niat utama untuk wanita mengumpul harta dan wang simpanan mereka sendiri adalah untuk masa depan mereka sendiri.

Ia boleh digunakan untuk melangsungkan kehidupan jika berlaku kematian terhadap sang suami atau ditinggalkan suami ataupun berlaku masalah kewangan yang teruk. Jadi tidak salah untuk wanita memiliki dan mencari wang simpanan dan harta mereka sendiri.

KESIMPULAN

Lepas ni lebih ramai wanita sedar betapa pentingnya untuk wanita memiliki wang simpanan dan harta sendiri. Bak kata pepatah “Sediakan payung, sebelum hujan”, misal kata berlaku apa-apa di masa depan sekurang-kurang kamu telah bersedia dari awal.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *