Ketahui 5 Langkah Yang Harus Dilakukan Untuk Menghasilkan Ruang Maksimalis Di Kediaman Impian Anda!


Tiada warna yang terlalu banyak
  1. Bijak bermain dengan warna

Asas kepada rekaan dalaman maksimalis adalah kaya dengan pelbagai warna dalam satu ruang.

Boleh bermula dengan menggunakan palet warna asas dan mengembangkan idea secara berperingkat.

Warna dinding hitam dan biru laut sering menjadi pilihan pemilik kediaman maksimalis kerana ia membuatkan sesebuah ruang kelihatan garang dan terang.

Penuhkan dinding rumah anda dengan karya seni yang ada

2. Lekat seni pada dinding

Dinding galeri adalah elemen paling penting untuk menampakkan ruang tersebut dalam keadaan maksimalis.

Anda boleh menghiasi setiap inci dinding dengan karya seni yang anda minati dan masih boleh mengikuti trend.

Rahsia untuk tidak terlihat terlalu serabut adalah jangan terlalu terikat dengan susun atur bingkai gambar, warna atau subjek karya seni yang hendak diletakkan pada dinding.

3. Hias ruang tersebut dengan sesuatu yang anda suka

Tidak kisah anda suka letak bunga, gambar atau apa-apa sahaja yang anda suka. Maksimalis bermaksud berlebih-lebihan dalam segala-galanya termasuk warna, fabrik dan aksesori.

Bagi mengelakkan dekorasi ruang menjadi terlalu rambang atau tidak sekata, cari warna atau corak yang sama untuk diulang di dalam ruang tersebut. Barulah ruang tersebut tidak terlalu ‘crowded’.

Buku adalah elemen penting dalam rekaan maksimalis

4. Buku Elemen yang penting dalam rekaan minimalis

Jika anda menyukai buku, anda pasti sukakan dekorasi maksimalis kerana susun atur jenis ini adalah impian setiap pencinta buku.

Jadi, keluarkan semua buku yang anda miliki dan susun di segenap sudut mengikut kesesuaian dan ruang yang betul agar tidak serabut dilihat.

Gabungan rekaan kontemporari dan tradisional menambah gaya maksimum sebuah ruang tamu.

5. Asalkan selesa

Jika rekaan dalaman minimalis adalah tentang mengecilkan penggunaan ruang untuk memberikan lebih keselesaan,

Manakala, susun atur maksimalis pula suatu seni menggabungkan keselesaan dengan warna kegemaran dan aksesori kediaman.

Walau apa pun konsep rekaan pilihan anda, keselesaan haruslah diberikan keutamaan dan kemudian barulah nilai estetik sesebuah ruang.

Selamat mencuba!

Sumber: https://www.mstar.com.my/xpose/isuke/2019/05/16/dekorasi-maksimalis


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *