Kesihatan mental masyarakat dunia terjejas akibat Covid-19


Hasil dari kajian antarabangsa Ipsos untuk ‘Headspace’, berikutan dengan pandemic Covid-19 yang melanda, jutaan masyarakat di seluruh dunia kini mengalami masalah tekanan perasaan.

Hasil kajian mendapati 69% responden di seluruh dunia merasa tertekan sejak bermulanya krisis ini. Penyelidikan ini telah dijalankan di kalangan pengguna internet Perancis, Britain dan German bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober.

Sememangnya peningkatan tekanan yang ditunjukkan berkaitan pandemik ini tidaklah memeranjatkan. Ia mengambil kira mengenai perlaksanaan penjarakkan sosial dan Perintah Kawalan Pergerakan di tambah dengan krisis ekonomi.

Bicara mengenai kesihatan mental

Data yang ditunjukkan di World Health Organisation (WHO) atau Organisasi Kesihatan Sedunia menunjukkan lebih satu billion orang menderita penyakit mental namun, hanya sebilangan kecil sahaja yang melaporkannya.

Di Perancis, lebih setengah dari reponden kajian Ipsos (57%) tidak mahu bercakap mengenai kesihatan mental mereka begitu juga di German dan Amerika Syarikat.

Peratus kaum lelaki yang kurang bercakap mengenainya pula adalah: 78% dari responden lelaki Perancis tidak mahu bercakap mengenai kesihatan mental mereka dan tidak merancang untuk bercakap mengenainya di masa hadapan. Sementara 57% lelaki Britain dan German juga merasakan perkara yang sama.

Tetapi bolehkan krisis covid-19 menukar presepsi mereka?

Tiada yang pasti, memandangkan hanya 6% dari hasil penyelidikan tersebut mengatakan mereka telah mengulas mengenai kesihatan mental buat pertama kalinya semasa pandemik.

Penyelesaiannya

Walaupun tidak membicarakan mengenai kesihatan mental secara meluas, masyarakat Perancis cuba mengambil tindakan untuk menanganinya yang mana 68% reponden Perancis mengatakan yang mereka akan menukar rutin harian untuk menjaga kesihatan mental mereka dengan lebih baik lagi.

Penyelidikan ini menunjukkan bahawa satu daripada tiga responden mula memikirkan untuk mengubati kesihatan mental mereka sejak krisis kesihatan ini melanda.

Lebih setengah dari reponden (44%) hanya berjalan di luar rumah sementara yang lain lebih suka membaca (38%), bercakap dengan keluarga (38%), memasak (37%), mendengar muzik (37%), senaman (35%), bercucuk tanam (33%) atau mengemas (30%).

Apabila ditanya mengenai kegembiraan, 73% responden dari Perancis merasa lebih gembira, begitu juga dengan Britain manakala German lebih positif.

Penyelidikan ini diadakan secara dalam talian oleh Ipsos untuk ‘Headspace’ di antara September 18 dan 2020 di kalangan wakil lelaki dan wanita berusia 16 dan 75 tahun. (Perancis = 1059, Amerika Syarikat = 1096, Germany = 1100).

Tindakan Organisasi Kesihatan Dunia

Berikutan dengan Hari Kesihatan Mental pada Sabtu 10 Oktober, organisasi ini telah melancarkan kempen “Move for mental health: let’s invest” menyeru masyarakat untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental di semua peringkat usia.

WHO baru-baru ini telah menyiarkan satu penyelidikan di 130 buah negara, yang mana “data global yang pertama menunjukkan impak hebat dari covid-19 terhadap kesihatan mental dan tindakan serta-merta perlu dilakukan untuk meningkatkan pengumpulan dana,” jelas institusi tersebut.

Penyelidikan yang dilakukan di antara bulan Jun dan Ogos 2020 di seluruh dunia ini menunjukkan krisis kesihatan telah membawa kepada masalah kesihatan mental yang kritikal di 93% negara yang diselidik.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *