Kes Covid-19 Naik Mendadak, Mana Silap PKP 2.0 Kali Ini


Kes Covid-19 meningkat naik dari hari ke sehari, digit empat angka seolah-olah telah menjadi penanda tetap penularan pandemik dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Jadi siapa yang harus dipersalahkan dan di mana silapnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 kali ini, adakah kes jangkitan akan berterusan naik hingga ke lima angka pula?

Di Mana Silap PKP 2.0

Jika diperhati secara menyeluruh banyak pergerakan berjalan seperti biasa, seolah-olah tiada PKP dilaksanakan tetapi hakikatnya itulah yang dirasai oleh orang ramai.

Jadi di mana silapnya PKP 2.0 kali ini, ramai yang menunding jari menyalahkan pengurusan dan cara pelaksanaan PKP 2.0 tetapi adakah itu punca jumlah kes jangkitan Covid-19 makin meningkat naik?

Ada beberapa aspek yang membuatkan mengapa PKP 2.0 kali ini tidak berjaya membendung jumlah jangkitan Covid-19, dan antara aspek tersebut adalah:

Jangkitan Sporadik

Jangkitan sporadik yang boleh berlaku di mana saja tanpa mengenal tempat dan masa, menyukarkan pihak perubatan mengesan dan menangani jangkitan yang berlaku.

Pergerakan Dalam Dan Rentas Negeri

Tidak dinafikan sepanjang PKP 2.0 dijalankan, banyak pergerakan berlaku dalam setiap negeri seperti membeli barang, pergi kerja, dan ke pergi sekolah.

Dan juga orang awam yang merentas negeri atas nama kerja, atau membeli barang di kawasan sempadan negeri misalnya.

Pergerakan-pergerakan seperti ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada jangkitan sporadik dikalangan orang awam tanpa mereka sedar.

Berkumpul Beramai-Ramai

Meski SOP dilaksanakan, tetapi jangkitan tetap boleh berlaku apabila orang awam berkumpul beramai-ramai, seperti berkumpul di stesen ktm, lrt, monorail dan bas bagi menaiki pengangkutan awam.

Itu belum lagi kira bagi yang berkumpul beramai-ramai dalam pejabat, dalam bilik darjah sekolah, dalam bilik guru, beratur untuk membeli atau membayar barang runcit atau melangsungkan apa jua majlis semasa PKP 2.0 sedang berjalan.

Jika Lockdown, Khuatir Jejas Sektor Ekonomi

Dengan beberapa aspek yang dinyatakan seperti diatas antara faktor mengapa PKP 2.0 ini dilihat tidak berjaya seperti PKP sebelumnya.

Apatah lagi tiada pelaksaan lockdown dilakukan pada PKP 2.0 kali ini kerana khuatir akan menjejaskan sektor ekonomi dengan lebih teruk.

Jika ekonomi negara lumpuh, banyak masalah lain akan timbul selain seperti kekurangan peruntukan untuk fasiliti perubatan dan peralatan bagi petugas barisan hadapan.

Dan itu belum lagi peruntukan belanja bagi membeli vaksin dari negara luar.

Apakah Tiada Jalan Keluar?

Pendak kata semua perkara perlukan peruntukan dan besar impaknya jika lockdown dilakukan buat kali kedua di Malaysia. Jadi apa yang perlu dilakukan, adakah tiada jalan keluar?

Apa yang boleh dilakukan pada masa ini adalah, orang awam harus mengambil langkah penjagaan dengan lebih ketat dari biasa.

Selain itu,  jika ada yang ingin secara sukarela mengambil vaksin Covid-19 juga antara ikhtiar yang ada pada masa ini. Sama-samalah kita berdoa agar pandemik ini segera hilang agar semuanya pulih seperti sediakala.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *