Kerap keluar air liur basi masa tidur? Hati-hati ya, ia mungkin berpunca dari sakit tekak!


Sebagai manusia, tidur adalah keperluan asas yang diperlukan bagi mengekalkan kesejahteraan kesihatan.

Jika inginkan kehidupan sihat dan produktif, memperolehi tidur yang nyenyak setiap malam amatlah mustahak!

Tapi bagaimana pula jika anda sering tidur dengan air liur basi meleleh hingga ke bantal?

Air liur yang meleleh dalam kalangan bayi menjadi perkara biasa memandangkan mereka belum mempunyai kawalan penuh ke atas mulut atau otot menelan.

Namun, berbeza pula bagi orang dewasa, perbuatan ini dianggap memalukan hingga membuatkan ramai mengelak daripada berbicara perihal ini.

Mari ketahui beberapa penyebab berlakunya air liur basi dalam tidur dan apa yang boleh dilakukan mengenainya.

Sebelum penulis kupas isu ini dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kalian kenal terlebih dahulu faktor di sebalik air liur meleleh. Jom baca!

Air liur meleleh (drooling)

Drooling didefinisikan sebagai air liur yang mengalir di luar mulut tanpa sengaja, terutamanya sewaktu tidur.

Selalunya, ia disebabkan oleh otot yang lemah atau kurang berkembang di sekitar mulut, atau mempunyai terlalu banyak air liur.

Kelenjar yang berfungsi menghasilkan air liur anda dikenali sebagai salivary glands (kelenjar air liur).

Untuk pengetahuan, kita mempunyai 6 kelenjar ini di dalam mulut, yang terletak di bahagian bawah mulut, pipi, dan berhampiran gigi depan.

Kelenjar ini biasanya menghasilkan 2 hingga 4 liter air liur sehari. Apabila kelenjar ini mengeluarkan air liur secara berlebihan, maka anda bakal mengalami drooling.

Drooling dalam kalangan bayi adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi pada 2 tahun pertama usia si manja.

Bayi dalam lingkungan usia itu, masih belum dapat membentuk kawalan penuh untuk menelan dan otot di sekitar mulut sehingga mencecah umur 18 ke 24 bulan.

Apa yang penting, drooling ketika tidur, adalah normal.

Kenali punca-punca ”drooling”

Tahukah anda, tubuh biasanya menghasilkan lebih daripada 1 liter air liur setiap hari? Ya, benar!

Ia dihasilkan oleh kelenjar air liur serta biasanya ditelan dan diedarkan semula melalui aliran darah.

Drooling berlaku apabila air liur terkumpul di dalam mulut dan bukannya ditelan, lantas keluar meleleh melewati bibir.

Mengapa ini berlaku lebih banyak pada waktu malam? Teruskan membaca!

1. Mulut ternganga sewaktu tidur

Seperti kalian sedia maklum, otot-otot badan mengendur semasa tidur, terutamanya dalam fasa tidur REM, dan tidak mustahil untuk mulut kita ternganga pada masa ini.

Ada yang berpendapat, posisi tidur memainkan peranan penting dan kedudukan mengiring berupaya menyebabkan kebocoran air liur berbanding menelannya.

Ada logiknya bukan?

2. Hidung tersumbat

Berkait rapat dengan ulasan di atas, salah satu sebab terbesar mulut ternganga pada waktu malam adalah kerana anda tidak dapat bernafas dengan baik melalui hidung.

Pernafasan sepatutnya berlaku melalui hidung, tapi apabila ia tersumbat, secara semula jadinya kita cenderung untuk bernafas melalui mulut.

Sekiranya ini berlaku pada waktu tidur, maka basahlah bantal tidur empuk kalian dek dibasahi air liur basi.

Masalah hidung tersumbat ini boleh berlaku dengan selesema mahupun faktor alahan seperti demam “hay’.

Tambahan itu, septum hidung yang menyimpang mampu menyekat pernafasan lantas menyumbang kepada masalah pernafasan mulut.

Hasilnya, kedua-dua gangguan dengkuran dan apnea tidur mungkin berhubung kait dengan kejadian drooling.

3. Air liur berlebihan

Selain itu, air liur berlebihan (sialorrhea) mungkin berlaku akibat kesan sampingan penggunaan ubat-ubatan atau kondisi perubatan lain.

Ia juga mungkin berkaitan dengan kesukaran menelan yang berlaku kerana kecederaan otak, strok, atau penyakit Parkinson.

Bukan hanya sewaktu tidur, perkara ini juga sering berlaku pada waktu siang.

Ia turut boleh dikaitkan dengan penyakit gastroesophageal reflux (GERD) atau pedih ulu hati pada waktu malam.

4. Strep throat (pharyngitis) dan tonsillitis

Strep throat adalah sakit tekak yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptokokus.

Jika anda ada masalah menelan, ini petanda kalian mungkin mengalami pharyngitis, yang lebih dikenali sebagai sakit tekak.

Pharyngitis boleh disebabkan virus atau bakteria dan sering muncul dengan tompok-tompok merah/putih di kerongkong, kelenjar bengkak, dan demam.

Tambahan itu, tonsil anda boleh membengkak mahupun mengalami keradangan.

Kekurangan menelan sebabkan air liur menjadi lebih banyak di mulut, lantas keluar semasa tidur sebagai air liur basi.

Air liur basi, perlukah rawatan?

Secara umumnya, drooling atau masalah air liur meleleh semasa tidur tidak memerlukan rawatan.

Sekiranya berlaku, ia mungkin agak menjengkelkan, tetapi ini tidak bermakna kalian memerlukan rawatan ya.

Usah gusar, hal ini tidak menyebabkan komplikasi kesihatan seperti dehidrasi, jangkitan, atau masalah lain.

Namun, jika anda bimbang akan kesan ‘basah’ kronik pada bantal, lakukan janji temu dan berbincanglah dengan doktor untuk ketahui sama ada anda memerlukan penilaian atau rawatan lanjut.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *