Kenapa Scalling Gigi Penting Dan Perlu Dibuat 6 Bulan Sekali?


gak-agak berapa lama sudah kamu tidak pergi ke klinik pergigian untuk lakukan pemeriksaan gigi secara berkala?

Bagi sesetengah orang, mereka menganggap pemeriksaan gigi ini hanya perlu dilakukan sekiranya mengalami kesakitan seperti gigi berlubang, pembengkakan gusi dan lain-lain lagi.

Sebenarnya salah jika kamu mempunyai pemikiran seperti itu. Kamu sepatutnya perlu mendapatkan pemeriksaan gigi berkala seperti scalling gigi sebanyak 6 bulan sekali untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi.

Scalling gigi ini sangat penting untuk kamu lakukannya selain mencegah tanda-tanda kerosakan gigi dan gusi, ada beberapa manfaat lain yang kamu perlu tahu.

Apa Itu Scalling Gigi?

Scalling gigi ini sebenarnya salah satu prosedur yang dilakukan oleh doktor gigi untuk membersihkan karang gigi atau nama lainnya tartar. Prosedur ini dilakukan dengan menggunakan sebuah alat yang dipanggil sebagai ultrasonic scaler. Memang nampak mengerikan dan rasa ngilu, tetapi rawatan ini sangat efektif.

Karang gigi ini terjadi apabila plak mula ‘tumbuh’ dan mengeras di bahagian permukaan gigi. Kesannya, plak ini membuatkan gigi kita kelihatan seperti tidak bersih. Bagi plak yang mengeras di permukaan gigi, ia lebih kelihatan kusam, kuning dan ada yang berwarna coklat kehitaman.

Dengan menggunakan alat ultrasonic scaler ini, ia akan menghasilkan getaran pada plak untuk ‘dipecahkan’ sehingga ke bahagian permukaan gigi. Bukan itu sahaja, alat ini juga mampu untuk bersihkan karang gigi yang berada di gusi, iaitu tempat yang susah untuk dibersihkan dengan berus gigi.

Prosedur scalling gigi ini berkemungkinan membuatkan gusi menjadi bengkak, sakit dan berdarah tetapi keadaan ini hanyalah sementara sahaja dan boleh sembuh dalam masa yang singkat.

Bila Perlu Dilakukan?

Untuk pengetahuan kamu, karang gigi ini bukanlah mudah dibuang dengan hanya memberus gigi sahaja. Kamu perlu membuang karang gigi ini dengan hanya melakukan rawatan scalling gigi sahaja.

Tidak kiralah bagaimana sekalipun keadaan karang gigi kamu, sama ada teruk atau tidak teruk, wajib untuk kamu lakukan rawatan ini secara berkala.

Jika kamu melawat klinik pergigian, doktor akan menyarankan setiap pesakitnya untuk melakukan rawatan scalling gigi sebanyak 6 bulan sekali untuk menjaga kesihatan mulut dan gigi.

Bagi mereka yang mempunyai kes seperti penyakit gusi, scalling ini akan dilakukan dengan sekerap mungkin seperti 3 bulan sekali.

Kebaikan Lakukan Scalling Gigi

Scalling gigi sebenarnya memberikan pelbagai kebaikan kepada kesihatan badan dan juga mulut. Antaranya ialah:

  • Buang Karang Gigi 

Karang gigi ini kebiasaannya akan ‘tumbuh’ dan mengeras di bahagian permukaan belakang gigi. Ianya terjadi disebabkan oleh sisa makanan yang tidak dibersihkan tercampur dengan air liur sehingga membuatkan ia menjadi keras dan melekat pada gigi.

Kalau kamu mahu lihat adakah gigi kamu mempunyai karang atau tidak, warnanya adalah kuning berbanding dengan warna gigi.

  • Elakkan Penyakit Gusi 

Penyakit gusi ini juga mempunyai perkaitan dengan karang gigi. Jika tidak dibersihkan, ia boleh membuatkan gusi kamu menjadi berdarah dan bengkak

Jika tidak dirawat dengan kadar segera, ianya boleh menyebabkan penampakkan gigi dan gusi menjadi longgar dan keadaan ini dinamakan sebagai Periodontitis.

  • Elakkan Perubahan Warna Gigi 

Sebenarnya scalling gigi ini bukanlah bertindak untuk memutihkan gigi. Tetapi apabila kamu membersihkan gigi dengan melakukan rawatan scalling ini, ia dapat membantu gigi kamu mencegah daripada sebarang perubahan warna gigi.

Sekiranya kamu tidak melakukan rawatan ini, gigi kamu bukan sahaja mudah rosak dan gusi menjadi bengkak, malah warna gigi turut akan menjadi kekuningan disebabkan oleh plak gigi.

  • Bersihkan Sisa Makanan Pada Gigi 

Kalau diikutkan dalam masa sehari, kita akan menggosok gigi sebanyak 2 hingga 3 kali. Tetapi dalam pada masa yang sama, walaupun kamu menggosok gigi sebanyak itu, sebenarnya sisa makanan masih lagi melekat di celah-celah gigi.

Sisa-sisa makanan yang masih lagi melekat ini sudah tentu sukar untuk dibersihkan menggunakan berus gigi. Jadi, hanya scalling gigi sahaja yang boleh membantu kamu membersihkan sisa makanan yang melekat ini.

Kesan Jika Tak Lakukan Scalling Gigi 

Jika kamu cuba mengelak daripada tidak melakukan scalling gigi, ini adalah beberapa kesan yang boleh dihadapi oleh kamu:

  • Masalah Gigi 

Sudah semestinya apabila kamu mempunyai karang gigi yang tidak dibersihkan, ianya akan menjadi tempat pembiakan bakteria secara berleluasa.

Ketika bakteria mula membiak, ia akan menghasilkan gas sulfur yang membuatkan seseorang itu mengeluarkan nafas mulut yang berbau (halitosis). Dalam pada masa yang sama, asid yang dikeluarkan oleh bakteria tersebut boleh membuatkan gigi menjadi berlubang.

  • Keradangan Gusi 

Keradangan gusi atau gingivitis adalah satu situasi di mana karang gigi menjadi keras. Apabila situasi ini terjadi, ia akan membuatkan gusi menjadi meradang, bengkak dan mudah berdarah terutamanya ketika memberus gigi.

  • Diserang Penyakit Jantung 

Siapa sangka hanya disebabkan oleh karang gigi sahaja kamu boleh diserang dengan penyakit jantung? Untuk pengetahuan kamu, bakteria yang menyebabkan periodontitis dapat meningkatkan risiko penyakit jantung.

Ini kerana bakteria yang terdapat pada karang gigi boleh menjangkiti tisu sokongan gigi dan mula ‘bergerak’ secara menyeluruh di seluruh badan melalui aliran darah di mana ianya boleh mempengaruhi injap jantung.

Walaupun scalling gigi ini nampak menyakitkan dan meremehkan bagi sesetengah individu, tetapi pemeriksaan ini sebenarnya memberikan banyak manfaat kepada kita dalam menjaga kesihatan gigi dalam tempoh yang panjang.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *