KELEBIHAN MENJADI ‘MORNING PERSON’


Walaupun bangun pagi ini bukan kebiasaan kita, tak salah untuk kita cuba amalkan rutin ini setiap hari kan? Mesti akan ada perbezaan antara kita bangun pagi dan bangun lewat tengah hari. Yang pasti lebih banyak kelebihan sekiranya kita praktikkan bangun pagi.

Jom kita lihat 4 kelebihan menjadi seorang yang bangun pagiπŸ‘‡

#1 Menjadikan mood seseoarng lebih bagus dan ceria

American Psychological Association telah melakukan satu kajian dimana menjadi seorang morning person ini dikatakan dapat membuat seseorang lebih bahagia dan ceria berbanding orang yang menunda waktu tidurnya lebih lama. Bangun pagi juga dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi, apatah lagi jika waktu yang ada itu diisi dengan senama ringan walaupun hanya 10 minit.

#2 Melancarkan metabolisme badan

Ketika kita bangun dari tidur, tubuh akan memasuki zon pembakar lemak. Oleh sebab itulah kebanyakan olahraga rajin melakukan senaman pagi untuk meningkatkan metabolisme badan. Ia akan menyebabkan denyutan jantung berdenyut lebih pantas, memberi tenaga sepanjang hari dan akan menyebabkan badan kita mengeluarkan toksin melalui peluh.

#3 Meningkatkan fungsi otak

Bangun pagi tak hanya membuat tubuh sihat, malah otak juga akan lebih cergas dan sel- sel otak akan berhubung dengan baik. Kita akan sentiasa rasa tenang sahaja dan bertenaga apabila melakukan aktivit harian. Terdapat juga beberapa kajian yang mengatakan dan membuktikan bangun pagi akan meningkatkan kemampuan ‘problem solving’.

#4 Tidur nyenyak dimalam hari

Terdapat satu kajian dari Appalachian State University menunjukkan bahwa mereka yang bangun lebih awal mengalami tahap keletihan yang lebih sihat pada penghujung hari, daripada mereka yang bangun pada waktu siang. Jadi, kualiti tidur akan bertambah baik pada malam hari.

Dah tengok kan apa kelebihan menjadi ‘morning person’. Sudah tiba masanya untuk kita menukar rutin harian kita yang sebelum ini selalu bangun lambat kepada seorang yang bangun awal pagi

Dah tengok kan apa kelebihan menjadi ‘morning person’. Sudah tiba masanya untuk kita menukar rutin harian kita yang sebelum ini selalu bangun lambat kepada seorang yang bangun awal pagi

Dah tengok kan apa kelebihan menjadi ‘morning person’. Sudah tiba masanya untuk kita menukar rutin harian kita yang sebelum ini selalu bangun lambat kepada seorang yang bangun awal pagiπŸ€—. Kita tidak akan rugi apa-apa.. Percayalah..

Selamat mencuba!

Sumber: https://www.fimela.com/lifestyle-relationship/read/3726463/4-keuntungan-jadi-morning-person



Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aniss

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *