Kelapa: Tumbuhan Terkenal Pelbagai Guna dan Kesan Sampingannya


Pokok kelapa adalah spesies pokok sawit yang dikenali dengan nama Cocos nucifera. Ia tumbuh dengan ketinggian sehingga kira-kira 30 meter dan ditanam secara meluas di kawasan beriklim tropika. Ia adalah salah satu daripada kira-kira 2,600 spesies dalam keluarga sawit Arecaceae dan ia juga adalah satu-satunya spesies yang masih ada dalam genus Cocos.

Istilah kelapa merujuk secara spesifik kepada buahnya, yang terdiri daripada sekam berserat (mesocarp) yang mempunyai biji yang besar didalamnya. Ia juga merujuk kepada biji kelapa dengan selaput sabut buah yang berwarna hijau, dan juga isi atau daging buah tersebut yang berwarna putih (endosperm) yang mengelilingi bahagian dalam biji buah tersebut. Bahagian tengah biji kelapa yang berongga turut mempunyai kandungan air yang agak jernih yang mempunyai rasanya yang tersendiri dan konsistensinya adalah sedikit pekat berbanding air biasa.

Terdapat banyak pendapat yang diutarakan mengenai asal pokok kelapa, termasuklah kawasan Asia Selatan, barat laut Amerika Selatan, New Zealand, dan India. Ia tumbuh atau bercambah dengan mudah dan pesat di kawasan berpasir seperti di tepi pantai terutamanya di kawasan yang mempunyai iklim tropika.

Kini, kelapa bukan sahaja ditanam untuk kegunaannya dalam bidang masakan atau kulinari, tetapi ia juga ditanam untuk tujuan hiasan landskap selain kegunaan lainnya yang bukan untuk tujuan masakan. Hampir setiap bahagian pokoknya mempunyai banyak kegunaan kepada kehidupan manusia. Contohnya, bahagian isinya boleh dimakan; air kelapa pula diminum sebagai salah satu sumber minuman berkhasiat; sisa hampas isi buahnya hasil daripada pengeluaran santan digunakan sebagai makanan haiwan ternakan; tunas apikal atau umbut pohonnya boleh dimakan; nektarnya digunakan untuk membuat minuman. Selain itu, serat dari sabutnya digunakan untuk membuat tali, berus, dan barangan lain; daun digunakan untuk membuat bakul dan atap bumbung; kayu kelapa digunakan dalam pembuatan perabot dan sektor pembinaan; dan batangnya digunakan untuk membuat gendang, bekas, titian dan bot kecil.

Khasiat air kelapa

Air kelapa adalah rendah kalori dan secara semula jadinya bebas daripada lemak dan kolesterol. Ia turut mempunyai kandungan kalium yang lebih banyak berbanding daripada empat biji pisang dan ia sangat menghidratkan tubuh badan individu yang meminumnya. Ia mempunyai kandungan karbohidrat dalam bentuk gula dan elektrolit yang mudah dicerna. Ia mempunyai kalori yang rendah, kurang kandungan garam, dan kaya dengan kandungan kalium yang ternyata lebih tinggi berbanding daripada minuman sukan. 

  • Kurang kandungan gula

Air kelapa mempunyai kurang gula berbanding daripada kebanyakan minuman sukan, soda dan beberapa jus buah. Air daripada buahnya boleh menjadi pilihan yang lebih baik untuk orang dewasa dan anak-anak yang mencari minuman yang kurang manis.

  • Baik untuk atlet

Air kelapa mungkin bertindak lebih baik dalam menggantikan cairan yang hilang dalam tubuh badan berbanding daripada minuman sukan atau air biasa. Satu kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal Medicine & Science in Sports & Exercise telah menunjukkan bahawa air kelapa menggantikan semula cecair badan sepertimana minuman sukan dan ia bertindak lebih baik daripada air biasa. Walau bagaimanapun, atlet lebih menggemari rasa minuman sukan berbanding air kelapa

Ahli nutrisi sukan, Nancy Clark yang juga merupakan pengarang Nancy Clark’s Sports Nutrition Guidebook, menyatakan bahawa air kelapa tidak akan rehidrasi semula tubuh badan melainkan jika anda boleh meminumnya dengan banyak. Sekiranya anda menikmati rasanya dan boleh meminumnya dengan jumlah yang banyak, ia dapat membantu anda terhidrasi.

Satu kajian pada tahun 2007 menunjukkan air buahnya yang dipertingkatkan dengan sodium adalah sama baik sepertimana meminum minuman sukan komersil untuk rehidrasi selepas latihan dengan toleransi cecair yang lebih baik. Satu lagi kajian melaporkan bahawa air buahnya menyebabkan kurang loya, kenyang, dan sakit perut dan lebih mudah diambil dalam jumlah yang banyak semasa rehidrasi.

Adakah dengan meminum air kelapa dengan banyak akan membahayakan diri anda?

Dalam satu kajian kes yang bertajuk “Death by Coconut,” yang diterbitkan dalam jurnal Circulation, Justin Hakimian, MD, dan rakan-rakannya di Jabatan Kardiologi, New York Hospital Queens, menyatakan kes seorang lelaki berusia 42 tahun yang sebelumnya berada dalam keadaan yang sihat. Beliau kemudiannya mendapati dirinya mempunyai tahap kalium (potassium) yang tinggi yang menyebabkan beliau pengsan selain degupan jantung yang tidak normal selepas meminum sejumlah besar air kelapa. Lelaki tersebut telah bermain tenis di luar rumah sepanjang hari dalam suhu melebihi 32 ° C. Dia melaporkan telah meminum sejumlah lapan botol air kelapa dengan kandungan sebanyak 325 ml bagi setiap botol. Selepas itu, dia mengadu bahawa dia berasa lemah dan pening dan dibawa ke jabatan kecemasan oleh ambulans. Beliau mengalami kecelaruan selain mempunyai tekanan darah dan denyutan jantung yang sangat rendah.

Lelaki ini mengalami tanda-tanda klasik bahawa beliau mempunyai terlalu banyak kalium dalam darah. Badan memerlukan keseimbangan kalium yang halus untuk membantu jantung dan otot-otot yang lain berfungsi dengan baik.

Kadar kalium yang tinggi (hyperkalemia) adalah penyebab biasa perubahan degupan jantung yang mengancam nyawa, termasuklah fibrilasi ventrikular, iaitu keadaan kecemasan di mana bahagian bawah jantung mengalir dengan cepat dan bukannya mengepam darah. Sekiranya paras kalium yang sangat tinggi dalam darah kekal tidak dirawat, jantung boleh berhenti berdenyut yang akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Sesiapa yang mempunyai keadaan jantung atau penyakit buah pinggang perlu mengelak daripada meminum air kelapa secara berlebihan. Berbincanglah dengan doktor mengenai berapa banyak jumlah kalium yang selamat diambil.

Manfaat kesihatan isi kelapa

kelapa

Boleh meningkatkan kesihatan jantung

Isi kelapa mengandungi minyak kelapa, yang boleh meningkatkan kolesterol HDL (baik) dan mengurangkan kolesterol LDL (buruk). Penambahbaikan dalam hal ini boleh mengurangkan risiko penyakit jantung anda.

Satu kajian selama 4 minggu telah memberikan seramai 91 individu dengan 1.6 auns (50 ml) sama ada minyak kelapa dara, minyak zaitun dara, atau mentega tanpa garam setiap hari. Mereka yang berada dalam kumpulan minyak kelapa dara menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kolesterol HDL (baik), berbanding dengan kumpulan yang diberikan mentega atau minyak zaitun.

Kajian selama 8 minggu dalam kalangan 35 individu dewasa yang sihat juga menunjukkan hasil yang sama. Kajian mendapati bahawa 1 sudu makan (15 ml) minyak kelapa yang diambil dua kali sehari membawa kepada peningkatan yang ketara dalam kolesterol HDL, berbanding dengan kumpulan kawalan.

Satu lagi kajian selama 8 minggu menunjukkan bahawa individu yang memakan 7 ounces (200 gram) bubur yang dibuat dengan santan mempunyai penurunan ketara dalam kolesterol LDL (buruk) dan peningkatan kolesterol HDL (baik) berbanding dengan mereka yang memakan bubur yang dibuat dengan susu soya.

Boleh menyokong penurunan berat badan

Kajian menunjukkan bahawa trigliserida rantaian sederhana (MCT) dalam buah ini boleh menggalakkan perasaan kenyang, pembakaran kalori, dan pembakaran lemak, yang semuanya menyokong penurunan berat badan. Selain itu, kandungan isi buahnya yang tinggi dengan serat dapat memberikan perasaan kenyang, yang boleh membantu mencegah pemakanan secara berlebihan.

Satu kajian yang dijalankan selama 90 hari terhadap 8 individu dewasa mendapati bahawa dengan menambah diet standard dengan 1.3 cawan (100 gram) buahnya yang segar setiap hari boleh menyebabkan penurunan berat badan yang ketara, berbanding dengan jumlah yang sama bagi kacang atau minyak kacang tanah.

Walau bagaimanapun, kajian ini menggunakan sejumlah besar kelapa dan minyak MCT, jadi tidak jelas jika dengan memakan jumlah isi kelapa yang lebih kecil akan mempunyai kesan yang sama.

Boleh membantu kesihatan penghadaman

Kelapa tinggi dengan kandungan serat, yang membantu meningkatkan jumlah najis dan menyokong fungsi usus, yang menjadikan sistem pencernaan anda kekal sihat. Oleh kerana buah ini juga tinggi dengan kandungan lemak, ia dapat membantu tubuh anda menyerap nutrien yang larut lemak, termasuklah vitamin A, D, E, dan K.

Selain itu, MCT dalam isi buahnya telah ditunjukkan untuk menguatkan bakteria usus anda, yang boleh melindungi anda daripada keradangan dan keadaan kesihatan lain seperti sindrom metabolik. Tambahan lagi, minyak buah ini boleh mengurangkan pertumbuhan yis berbahaya, seperti Candida albicans, yang boleh menyebabkan jangkitan yang serius.

Faedah lain isi kelapa

  • Boleh menstabilkan gula darah. Buah ini boleh menurunkan gula darah dan mengubah bakteria usus anda untuk membantu mengawal gula darah.
  • Boleh meningkatkan imuniti. Mangan dan antioksidan dalam kelapa boleh membantu meningkatkan sistem imun anda dan mengurangkan keradangan. MCT buah ini mungkin juga mempunyai antivirus, antikulat, dan sifat-sifat penekan tumor.
  • Boleh memberi manfaat kepada otak anda. MCT dalam minyak kelapa memberikan sumber bahan bakar alternatif kepada glukosa, yang dapat membantu individu yang mengalami gangguan otak atau fungsi otak, seperti penyakit Alzheimer.

Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *