Kekal produktif walaupun bekerja dari rumah


Pandemik Covid-19 kini dalam gelombang ketiga, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah diumumkan di beberapa buah negeri bagi menghalang penularan virus ini. Sekali lagi, ramai golongan pekerja diminta bekerja dari rumah. Namun, bekerja dari rumah sebenarnya adalah sesuatu yang agak mencabar. Apatah lagi dengan pelbagai gangguan dari luar.

Jadi, bagaimana untuk memastikan kita kekal produktif ketika bekerja dari rumah di musim Covid-19 ini? Tips di bawah mungkin berguna untuk mereka yang bekerja dari rumah.

1. Jangan terus bekerja sebaik bangun dari tidur

Membuka komputer riba atau telefon pintar selepas bangun dari tidur bukanlah waktu yang sesuai. Bangun seperti anda ingin ke tempat kerja, mandi dan tetapkan masa untuk memulakan kerja. Di rumah, anggaplah anda berada di tempat kerja. Yang penting, displinkan diri anda!

2. Mandi untuk segarkan diri sebelum bekerja

Jangan disebabkan berada di rumah, anda tidak perlu mandi ketika bekerja. Ia adalah kesilapan pertama jika anda berfikiran sedemikian rupa. Jagalah kebersihan terutama di kala virus Covid-19 sedang berleluasan.

Kenakan pakaian sesuai dengan pekerjaan anda yang cantik dan selesa untuk bekerja.

Cipta ruang kerja yang selesa.

3. Mencipta ruang kerja yang cantik & selesa

Siapa sahaja yang dapat menafikan keselesaan bekerja dari atas katil atau sofa di rumah? Tetapi sebenarnya, keselesaan inilah yang akan membunuh produktiviti seseorang itu.

Jadi, cipta ruang kerja anda sendiri. Mungkin anda boleh mengubah bilik anda menjadi pejabat mini sebagai ruang kerja yang cantik dan selesa. Anda juga boleh mencuri masa sebentar keluar dari bilik untuk makan atau sekadar mengambil angin. Tidak salah untuk take five dari sebarang pekerjaan yang anda lakukan.

4. Sentiasa berinteraksi dengan rakan sepejabat

Sekiranya anda bekerja dalam satu pasukan, sila pastikan anda kekal berhubung sama seperti ketika berada di pejabat. Dengan bantuan teknologi terkini, ia tidak mustahil boleh dicapai.

Aplikasi seperti Whatsapp, Skype, FaceTime atau Zoom digunakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan sekerja walaupun berada jauh dengan mereka. Dengan ini, tidaklah anda kebosanan akibat keseorangan. Apa yang perlu diutamakan adalah tanggung jawab anda sebagai seorang pekerja.

5. Jangan terlalu stres

Bekerja itu sememangnya satu tanggung jawab yang besar. Pun begitu, janganlah ia dijadikan sebagai satu alasan untuk terlalu stres walaupun bekerja dari rumah kerana mahu menjadi produktif.

Jangan abaikan waktu untuk berehat. Cuba relaks dan bekerjalah secara sederhana. Jika anda berjaya lakukan, secara automatik juga pekerjaan yang dilakukan akan menjadi lebih mudah dan seronok!


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *