KEBAIKAN mengurut wajah anda…


Adakah anda tahu, terdapat banyak kebaikan dalam mengurut wajah anda? Dengan mengurut wajah, hidup anda akan BERUBAH…. cehh wahh ayat macam gempak kan? tapi serius-serius, memang kalau korang rajin urut kulit wajah korang kan, korang akan nampak banyak perubahan yang berlaku. Jom baca apa kebaikan dalam mengurut wajah. Jangan tak cuba, rugi tau…

Mengikut Dr Ahmad, kebaikan urutan wajah adalah seperti berikut:

1. Urutan ialah senaman yang dapat membantu melembutkan otot dan menguatkan tisu kulit wajah kita.

2. Dapat mengurangkan garis penuaan dan menjadikan wajah lebih muda.

3. Meransangkan saraf dan salur limfa.

4. Melancarkan peredaran darah sekali gus menambah nutrisi kepada kulit.

5. Memperbaiki ton kulit dan penampilan secara am.

6. Melegakan tekanan.

Kalau nak diterangkan dengan sains. Mengurut memang membantu dalam melancarkan peredaran darah kita. Bila kita mengurut, kita boleh rasa aliran darah lancara dan kita rasa lebih segar. So, itu bermaksud oksigen dapat dihantar keseluruh tubuh dengan baik. Secara tak langsung mood kita pon jadi lebih ceria. Sebab terasa ringan je. Konsep yang sama bila kita mengurut badan dan wajah. Korang boleh dapat tak apa yang saya ingin sampai kan? Dapatkan~

Jenis2 urutan muka ada banyak tau, contohnya:

  • saliran limfa
  • refleksologi
  • shiatsu
  • gua sha
  • pemulihan
  • resdung
  • acupressure

Okay we move on to next topic–

Panduan untuk mengurut wajah anda sendiri dirumah:

1. Bersihkan muka korang terlebih dahulu, basuh tangan dengan sabun then bilas. Ikat rambut anda dengann kemas bagu mengelakkan kemungknian kekotoran dari rambut berpindah ke muka.

2. Pilih produk yang sesuai dengan kulit korang. Urutan muka memberi peluang untuk kulit menyerap kandungan produk yang korang gunakan tu. Haba dari tangan yang terhasil ketika proses urutan akan membantu produk masuk ke dalam kulit dengan lebih baik. Inilah sebabnya korang kena pilih produk terbaik yang sesuai dengan kulit korang masing-masing.

3. Kalau korang dah cuci muka dan tangan bersih-bersih, korang boleh teruskan urut muka korang tu. Nak urut muka sekejap je. Korang boleh urut muka selama 2 minit je 1 kali/2 kali sehari.

NOTE: Korang boleh je guna alatan lain untuk mengurut wajah korang. Tapi guna tangan lebih baik, sebab tangan ada haba semula jadi dan ada banyak kebaikan nya.

Korang boleh urut point2 yang penting kat wajah korang tu(macam gambar dibawah)

Titik limfa
Titik Akupuntur

Sumber: hmetro.com.my


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *