Kebaikan GUA SHA untuk kulit anda


Sekarang ni banyak kan skincare tools yang ada. Sampai pening nak beli yang mana satu. Ada yang murah, ada yang mahal. Yang murah semestinya lah manual. So siapa yang memang rajin nak urut-urut muka sendiri ni, boleh lah beli yang murah. Tapi berkesan jugak tau, even dia murah pon, dia tetap dapat membantu dalam mencatikkan kulit kita ni. Jom kita tengok apakah kebaikan GUA SHA untuk kulit kita.

1. Memperbaiki sakit (termasuk punggung dan leher)

Kajian rawak yang diterbitkan pada tahun 2017 dalam jurnal Terapi Pelengkap dalam Perubatan menilai kesan gua sha pada gejala sakit belakang bawah kronik dan biomarker keradangan pada orang tua. Kajian rawak ini menkaji keberkesanan gua sha dan hot pack. Para penyelidikan mendapati bahawa dalam tempoh susullan selama satu minggu, sementara kedua-dua rawatan meningkatkan pergerakan punggung bawah, jumlah pengurangan kesakitan dan peningkatan kecacatan adalah lebih besar pada kumpulan yang diberi rawatan gua sha berbanding kumpulan hot pack.

2. Kemungkinan dalam pengurangan selulit

Sebilangan orang menggunakan gua sha untuk selulit, keadaan di mana kulit mempunyai penampilan yang kental. Walaupun belum ada banyak penelitian yang dilakukan hingga kini, banyak respon yang positif. Seorang pengamal gua sha mendakwa bahawa praktik ini dapat membantu menghilangkan selulit, yang disebut sebagai “globula toksin yang disekat.”

3. Penguat kulit utama

Ramai yang menggunakan gua sha bersetuju dengan fakta ini. Kerana gua sha adalah alat untuk mengurut muka. Apabila kita mengurut muka, peredaran darah akan lancar, dan pengaliran oksigen terhadap kilit muka akan berlku dengan lancar. Muka kita akan nampak lebih segar dan muda. Disamping itu, disebabkan kelancaran pengaliran darah, kulit kita akan jadi sihat, dan itu membantu dalam menguatkan kulit.

4. Membantu untuk jerawat

Ini adalah berita baik untuk siapa yng mempunyai kulit berjerawat. Anda boleh menggunakan gua shauntuk mengurut wajah anda. Tapi jangan terlalu kuat, kerana kulit berjerawat adalah sensitif. takut jerawat pecah. Jadi anda kena, urut secara lembut dan berhati-hati. Ini untuk melancarkan peredaran darah pada kulit. Bila kulit dapat oksigen dan zat yang cukup, ia dapat mengurangkan penyakit pada kulit. Anda boleh mencubanya.

Sumber: DRDERAMUS blogspot.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Damia

Legend

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *