Jangan panik, WHO sahkan tiada bukti Covid-19 tersebar menerusi makanan!


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu tiada bukti virus Covid-19 boleh tersebar melalui makanan atau bungkusannya.

Oleh itu, WHO menasihati orang ramai agar tidak perlu bimbang virus tersebut boleh merebak melalui rantai makanan yang dibeli daripada pasar raya.

Sebelum ini, isu itu menjadi perdebatan selepas 2 bandar di China mendakwa menemui virus Covid-19 pada bungkusan ayam dan udang beku yang diimport dari Brazil.

Hal tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat sekiranya kiriman makanan boleh menyebabkan kluster baharu.

Dan sehingga kini masih belum ada penawar virus Covid-19.

“Masyarakat tidak perlu takut pada bungkusan makanan yang diimport. Tiada bukti rantai makanan penyebab penularan virus,” kata jurucakap WHO, Mike Ryan.

Manakala pakar epidemiologi WHO, Maria Van Kerkhove mengatakan, China menguji ratusan bungkusan dan hanya menemukan kurang daripada 10 bungkusan yang mengandungi virus.

Menganggap penemuan terbaharu di China itu, Menteri Pertanian Brazil memaklumkan pihaknya sedang menyiasat dakwaan tersebut dan menegaskan telah menerapkan protokol ketat sebelum sesuatu makanan atau barangan di eksport ke luar negara.

Setakat ini, 20.96 juta orang dilaporkan dijangkiti Covid-19 manakala 750,000 daripadanya meninggal dunia.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *