Jangan Panik Dan Cemas, Ikuti 7 Langkah Ini Jika Anda Serumah Dengan Pesakit Covid-19


Memandangkan kes positif Covid-19 semakin meningkat di negara Malaysia membuatkan ramai cemas dan bimbang dengan keadaan sekeliling.

Namun, pernah tak korang terbayang di mana orang terdekat khususnya keluarga tercinta dijangkiti virus merbahaya itu? Ya, sebelum mereka diambil menaiki van ambulans, anda perlu tahu perkara yang perlu dilakukan sekiranya ia terjadi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarakan 7 langkah penting sekiranya anda duduk serumah dengan kes positif Covid-19.

Paling utama, jangan panik dan cemas, ikuti langkah-langkah ini.

1. Kekal duduk di rumah selama 10 hari

2. Tidak berkongsi bilik dengan kes positif

3. Sentiasa pakai pelitup muka dan pastikan penjarakan fizikal 1-2 meter daripada kes positif

4. Letak makanan dan minuman di luar pintu bilik untuk diambil sendiri oleh pesakit tersebut

5. Pakai sarung tangan semasa mengendalikan perkakas yang digunakan oleh kes positif

6. Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau gunakan hand sanitizer

7. Pantau diri setiap hari untuk gejala menggunakan aplikasi MySejahtera.

Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, sama-samalah kita memutuskan rantaian wabak Covid-19 ini dengan menjaga kesihatan dan kebersihan diri.


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *