Jangan Muka Saja Cantik, Tapi Kuku Hitam, Kotor! Ini Tip Kuku Cantik Berkilat & Sihat


Siapa yang tidak mahukan kuku kelihatan sihat dan cantik berkilat bukan? Sebenarnya terdapat banyak cara serta tips kuku menarik yang boleh diguna pakai bagi mendapatkan kuku sihat dan berseri.

Ramai di luar sana menganggap penjagaan kuku tidak sepenting penjagaan muka. Jangan begitu!

Tahukah anda, sebenarnya kuku juga boleh mengalami masalah seperti kuku kusam berwarna kuning dan rapuh jika tidak mendapat penjagaan yang betul!

Ini tips penjagaan kuku

Banyak sebenarnya tip menarik yang boleh diguna pakai untuk dapatkan kuku sihat, bersih dan cantik. Antaranya:

1. Amalkan kebersihan kuku yang baik

Elakkan daripada ‘membela’ kuku panjang. Untuk mendapatkan kuku sihat dan bebas kuman, anda perlu memotongnya, ini sekali gus mengelakkan berlaku masalah kuku terkeluar.

Untuk pengetahuan anda, kuku juga merupakan bahagian tubuh yang dapat menceritakan tahap kesihatan seseorang individu tersebut!

Jika kuku anda kotor, kehitaman dan panjang, jangan hairan sekiranya ada orang yang enggan bersalaman dengan anda ya.

Disebabkan itu, usah pandang enteng kebersihan kuku, rajin-rajinlah potong kuku kaki dan tangan dengan tertib agar kuku anda kekal sihat dan bersih sepanjang masa.

2. Kuku harus sentiasa kekal hidrat

Penggunaan pelembap pada kuku dapat meningkatkan penampilan di samping mengelak kuku daripada menjadi rapuh disebabkan kurang hidrat!

Untuk membuatkan kuku kekal hidrat sentiasa, caranya cukup mudah, anda hanya perlu menyapukan sedikit petroleum jelly pada kuku dan kulit di sekeliling kuku.

Selain itu, sapukan juga sekeliling kulit kuku agar kulit dan kuku sentiasa dalam keadaan lembap. Anda juga boleh gantikan dengan minyak zaitun atau minyak kastor.

3. Makanan tambahan biotin

Biotin adalah vitamin kompleks B, juga dikenali sebagai vitamin B7, koenzim R dan vitamin H.

Ia mendorong pertumbuhan sel yang sihat dan membantu metabolisme asid amino dalam pembentukan protein yang penting untuk pertumbuhan kuku.

Suplemen dan makanan yang kaya dengan sumber biotin dapat membantu menguatkan masalah kuku rapuh anda.

Kandungan biotin paling sering dijumpai pada bahagian organ seperti hati, tetapi ia juga terdapat dalam kuning telur, produk tenusu, yis, salmon, avokado, kekacang, biji-bijian dan juga kubis bunga.

4. Tolak kutikel dengan lembut (jika berpengetahuan)

Apabila anda ingin menolak cuticles, iaitu bahagian kulit di sekeliling kuku, pastikan anda tolak dengan lembut dan dengan sudut 45 darjah.

Cuticles ini tidak semestinya harus ditolak, ia juga boleh dipotong cuma anda perlu lebih berlemah-lembut apabila ingin memotong atau menolaknya.

Jika anda menggunakan terlalu banyak tenaga untuk menolak atau memotong cuticles sehingga merosakkannya, ia boleh melemahkan kuku secara keseluruhan.

Apa pun, jika anda berasa tidak yakin dan kurang pengetahuan untuk melakukannya, usah ambil risiko!

Cuticles adalah penghadang semula jadi kepada kulat dan bakteria, jadi ‘mengusiknya’ dengan cara yang salah boleh menyebabkan jangkitan dan kerosakan pada kuku

Untuk tips penjagaan kuku sihat, bersih dan menawan, pastikan anda mengelak melakukan tabiat buruk di bawah agar kerosakan kuku mampu dibendung

  • Gigit kuku anda atau ‘mengusik’ cuticles: Tabiat ini boleh merosakan kuku dan kulit di sekitarnya. Luka yang kecil di bahagian kuku anda sudah boleh membiakkan bakteria atau kulat lantas menyebabkan jangkitan
  • Tolak cuticles terlalu jauh ke belakang: Peminat kuku sangat obses dengan penjagaan kuku, tetapi adalah penting untuk membiarkann kutikel sebanyak mungkin, kerana bahagian kulit ini berfungsi untuk melindungi kuku. Potong hanya bahagian yang sudah mulai terangkat dengan perapi cuticles yang tajam dan bersih

  • Penggunaan polish remover yang berlebihan: Menggunakan polish remover dengan terlalu banyak berisiko mengeringkan dan merosakkan kesihatan kuku. Justeru, pertimbangkan untuk menggunakan polish remover bersifat bebas aseton tidak lebih dari sekali seminggu

  • Berkongsi alatan kuku Bakteria dan mikroba lain cenderung untuk membiak terutamanya pada pengetip kuku, maka berkongsi pengetip kuku dengan orang lain berisiko memindahkan ‘makhluk jahat’ ini kepada anda

  • Jangan abaikan sebarang keradangan, pertumbuhan, warna atau tekstur yang pelik: Kuku yang sihat harus mempunyai warna dan konsistensi yang seragam. Sekiranya anda mengenal pasti sesuatu yang kelihatan tidak normal, segera lakukan pemeriksaan bersama pakar dermatologi, kerana ini mungkin merupakan petanda masalah yang lebih serius

Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *