Jangan jadi MUSUH kepada diri sendiri, 10 cara mengatasinya


Ada di kalangan kita merasakan kekecewaan adalah sesuatu yang sukar ditangani sehingga menjadikan diri tertekan, sedih dan kurang bermotivasi. Tetapi sebenarnya perkara yang menghalang kita melupakan kekecewaan itu adalah diri kita sendiri.

Ketahui 10 perkara yang menjadi punca penghadang dan bagaimana cara menyingkirkan ia dari kehidupan kita untuk terus bergerak ke hadapan.

1. Hargai apa yang anda miliki

Untuk berjaya, kita selalunya akan menghabis banyak masa dan tenaga mengejar sesuatu yang besar dan berada jauh dari kita. Tetapi sebenarnya kita lupa bahawa perkara penting dalam hidup kita sebenarnya adalah perkara kecil yang sememangnya telah kita miliki.

2. Hargai aspek yang positif dalam hidup

Apa yang manusia cenderung untuk melihat bergantung pada apa yang mereka cari. Mereka yang gagal untuk menghargai perkara yang baik di dalam hidup mereka akan mempunyai masa yang sukar untuk gembira dan berasa puas.

3. Berhenti membuat alasan dan mula membuat keputusan

Hidup adalah satu pengembaraan. Masalah sentiasa akan berlaku dan terpulang pada kita untuk menyelesaikannya. Satu kesilapan tidak bermakna ia satu kesalahan yang besar sehingga kita mengelak untuk memperbaikinya. Orang yang sentiasa gagal adalah mereka yang sentiasa membuat alasan dari membuat keputusan.

4. Berhenti mengelak dari masalah yang boleh diselesaikan

Hadapi setiap masalah dengan berani. Jangan lari darinya. Cuba berinteraksi, hargai, memaafkan dan tunjukkan kasih sayang kepada mereka yang berhak menerimanya. Setiap masalah ada jalan penyelesaian.

5. Berhenti dari sentiasa ingin menjadi yang betul sahaja

Anda boleh terus mengejar impian tetapi jangan pernah mengatakan yang betul itu salah. Hentikan sikap ingin selalu menjadi betul sahaja. Ini boleh mengurangkan keupayaan anda untuk mempelajari perkara baru dan terus ke hadapan.

6. Berhenti dari berdiam diri dan tidak membuat apa-apa

Dalam hidup, kita tidak tahu takdir yang akan berlaku kepada kita. Tetapi kita boleh berusaha untuk menjadi yang lebih baik dan mencuba pelbagai peluang baru yang tersedia di depan mata. Buatlah keputusan untuk kebaikan diri dan jangan serahkan kepada takdir semata-mata.

7. Berhenti dari melengahkan matlamat yang penting

Jangan berlengah terhadap sesuatu perkara baik. Dalam hidup, kita mempunyai dua pilihan. Samada menerima sahaja apa yang telah terjadi atau menukar ia menjadi sesuatu yang lebih baik. Masa terbaik melakukannya adalah sekarang.

8. Jadilah lebih berani

Kejayaan seseorang itu tidak akan dicapai sekiranya dia tidak berani membuat keputusan untuk dirinya sendiri. Anda haruslah memahami sesuatu yang terjadi dan berani membuat keputusan yang terbaik.

9. Berhenti merasa malu atas kesilapan lalu

Gagal terhadap sesuatu perkara lepas adalah biasa. Kegagalan adalah pengalaman dan sebenarnya mengajar untuk kita lebih berhati-hati di masa hadapan. Buangkan sifat malu dan teruskan kehidupan dengan lebih baik lagi. Kisah silam kita semua tidak sama dengan apa yang akan terjadi di masa hadapan.

10. Berhenti membiarkan pendapat orang lain mempengaruhi hidup anda

Ia bukan mengenai apa orang lain fikir tentang anda tetapi apa yang anda fikir tentang diri anda sendiri. Kita perlu lakukan yang terbaik untuk diri sendiri bukan yang terbaik untuk orang lain.

percaya pada diri dan bakat anda jangan pabandingkan diri dengan orang lain trust your self!


Like it? Share with your friends!

What's Your Reaction?

hate hate
0
hate
confused confused
0
confused
fail fail
0
fail
fun fun
0
fun
geeky geeky
0
geeky
love love
0
love
lol lol
0
lol
omg omg
0
omg
win win
0
win
Aizat tazia

Emperor

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *